Thursday, April 2, 2009

Tak berebut lagi

Setelah ratus2 habis duit aku untuk membaikpulih desktop, dan ratus2 juga habis buat beli wireless router dan wireless adaptor, dan setelah bertukus lumus aku yang buta IT ni dok install benda2 ni, akhirnya dapatlah aku dan wife aku satu sorang benda tak guna ni. Wife aku awal2 lagi 'cok' laptop, senang le dia bawa kehulu kehilir benda tu, lepak kat mana dia suka. Aku tak kesah, dia lupa masak pun tak pe, jalan lupa diri dah...

Dah ada satu sorang ni, tak le berebut lagi macam dulu. tapi yang herannya masa berebut dulu rasanya macam2 idea datang untuk menulis kat blog ni, tapi bila dah ada satu sorang ni, bila dah tak berebut lagi, tak de pulak idea nak menulis, puas memerah otak tak keluar2 juga idea. Agaknya kena berebut semula baru idea tu nak datang kok, atau sememangnya aku dilahirkan bukan untuk jadi seorang penulis....

6 comments:

AZANI said...

ya, lepas ni jangan salah masuk akaun lak...kah kah kah.

AZANI said...

Inilah tanda suami dan bapa penyayang.Menghargai dan menyayangi isteri dan anak.Aku bukan tak sayang, tapi ......

Zaki said...

Tapi apa chif, tiada batas dan sempadan dalam berkasih sayang.

AZANI said...

Ulasan lepas Jumaat
Zaki:
Benar dan tepat apa yng dikata.

tchersally said...

Salam perkenalan,
tersenyum saya baca n3 ni mengingatkan cerita masa mula2 rumah kami di wifi kan..mmg dah tak berebut..siap berchatting lagi gitu!!sorang di meja..sorang lagi d katil..ahaks!

Zaki said...

cikgusally,
terimakasih kerana singgah,
memang tak berebut lagi
tapi sarapan pun belum lagi
habis, bangun pagi terus mengadap benda ni...