Wednesday, April 8, 2009

balada aku dan bola

Telah aku kumpulkan sisa2 kenangan, sisa2 semangat, sisa2 perjuangan
untuk kembali menyokong dan mendokong
pasukan bolasepak kebanggan aku
bukan chelse...bukan menchester, bukan juga red medred
tapi pasukan kelate
setelah menunjukkan semangat perjuangan
setelah menampakkan taring kegarangan
setelah merantah pasukan2 handalan
setelah kupacakkan dan kukebarkan bendera semangat..
namun hujan ditengah hari
dek gedebenya seorang penjaga gol
tendang terajang orang sesuka hati
dek gelojohnya segerombolan kampungan
merusuh sana membakar disini
tak sedar diri
dek nila setitik, rosak susu sebelaga
tercalar kembali maruah
berdarah kembali luka lama
mana nak letak muka
muka dia yang hodoh tu biarkanlah
tapi muka aku yang hensem ni nak sorok kat mana
semangat aku kian pudar
bendera kembali ku labuhkan ketanah
aku sudah bosan
aku sudah penat
aku dah mengantuk
aku nak tidur
aku nak lupa zzzZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZ

8 comments:

ima said...

hai cik abe, janganlah dok ikutkan perasaan marah dan kecewa tu menguasai diri.. nanti kalau naik darah sapa yang susah...

manlaksam said...

Ki,
Ambo dah lama dah tak berapa berkenan dengan perangai penjaga gol tuh. Dulu dah kena buang dah, tapi sapa lah yang pandai-pandai ambik balik dia suruh jaga gol....hoi malu betul ambo!

Zaki said...

Ma,
tak marah pun...nak kecewakan ape......tapi kalau jumpa sibotak tu rasa nak sekeh2 kan kepala dia..lepas tu nak....tak marah pun.


Cikgu Man,
ada bakat tiada disiplin = lingkup
ada ilmu tiada iman = hanyut

AZANI said...

Ki,
tambah sikit.
tapi bukan pasal bola.
pasal semangat kesukanan.
pada aku zaman semangat kesukanan sudah lama tiada, digantikan semangat pergaduhan.fenomena ini bukan satu negeri , bahkan satu negara dah kena badi.yang bergaduh dalam padang menjangkit satu stadium. Macam kita kawal penyakit berjangkit, hapuskan puncanya. Puncanya apa? Sukan. Hapuskan sukan.Dahlah kutipan stadium merosot, tambah lagi kena bayar denda, kesian persatuan bola negeri. So, bila takda sukan, takda gaduh, takda gaduh takda bakar bakar,takda bakar bakar, tak kena denda.Stadium nak cari hasil camana? Buat pasar tani ke, ekspo ke, banyak benda boleh dilakukan yang akan mendatangkan hasil.Kalau takpun buat macam perak, langsungkan persidangan dewan dalam stadium( bawah pokok pun boleh)jemput orang ramai menyaksikan perbahasan dewan negeri, charge lah tiket. Lagi real,life pulak tu.

AZANI said...

Ki, satu lagi,eh ,bukan ke puan ima tu satu rumah.Mesra sekali.Main blog blog .Aummm...chak...Aummm...cahak.

Zaki said...

Chif,
ikut budaya orang putih kok, suka merusuh, Tapi mereka merusuh pun berbaloi sebab pasukan bola sepak mereka tu handal...kita ni baru belajar megelecek bola...selebihnya main cah geting.


WOR note: biasalah chif, kami mengunakan sepenuhnya kemudahan IT, seorang kat dapur seorang kat ruang tamu, nak minta teh pun hantar E-mail

~0~ said...

Sebab dia sorang nama Kelate yang busuk. Abes semua...

Zaki said...

ranmai lagi rasanya ore yang 'bisa' pada dia.