Tuesday, January 27, 2009

aku dan ubanku

ubanku
datangmu tak dijemput
hadirmu tak ku undang
kau datang jua
walau aku tak sudi menerima

ubanku
ku buang satu
kau datang beribu
ku warnakan biru
orang ingat hantu
ku pakai kopiah
dah jadi orang dakwah

hai ubanku..
apakah datangmu membawa petunjuk
apakah hadirmu membawa khabar
bahawa senja menjelang tiba
usia dah semakin tua.......



Acara mencabut uban sedang dijalankan.

Saturday, January 24, 2009

Adakah yang mendoakan kita?


Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati. Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah. Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.
Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka. Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu. Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri. Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat. Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya. Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!



Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku? Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam. Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu. Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00. Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.
Kuasa Doa
Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain. Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain. Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya.


Katakan ini dengan perlahan,
''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih. " ..



oleh: syahiida

editor: everjihad

Soalan untuk Tok Guru

Berikut adalah sedutan dialog antara Marc Barety (Presiden EC) dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Kota Darul Naim seperti dicatatkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Haron.

Marc Barety:
Memulakan persoalan, Tuan Guru diminta supaya menjelaskan apa-apa pencapaian yang mungkin dapat dikongsikan sepanjang 18 tahun mentadbir kerajaan negeri.

Tuan Guru Nik Aziz:
Terima kasih kembali kepada tuan-tuan yang sudi mengunjungi sebuah negeri yang memilih untuk berbeza dari parti yang memerintah Malaysia di peringkat Pusat. Sebenarnya, saya bukan sengaja memilih untuk berbeza semata-mata kerana ingin atau gemar untuk berbeza. Kami membuat pilihan ini untuk “mendidik atau lebih tepat mengajar” kepada seluruh rakyat bahawa Islam itu begini. Demokrasi itu begini
Seawal-awalnya kita perlu faham bahawa bumi ini kepunyaan Allah. Dialah Tuhan kita dan Dialah Yang Maha Pencipta. Dia yang membuat semua ini. Jika manusia kata manusia tercipta lebih dahulu, lalu manusia mencipta alam, maka di mana pula manusia awal itu tinggal. Jika dia berada di atas tanah, siapa yang mencipta tanah? Jika dia kata dia berada di udara, maka siapa pula yang mencipta udara? Siapa yang mencipta oksigen untuk manusia itu bernafas?
Mustahil alam dan bumi ini terjadi dengan sendiri. Ini kerja Allah. Dari-Nya jua segala planet dan alam ini berasal. Oleh kerana itu, maka Allah sahajalah yang berhak menurunkan perintah dan larangan dalam sebuah sistem hukum, undang-undang dan peraturan.
Ia dimuatkan ke dalam al-Quran. Untuk melengkapkan ia menjadi sebuah manual bertindak sebagai pengatur yang bersifat how to use maka Allah turunkan Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi inilah yang menterjemahkan segala peraturan yang disebut sunah - untuk diikuti dan dicontohi akhlaknya atau bagaimana untuk hidup sebagai seorang hamba yang menumpang muka bumi yang dimiliki oleh Allah ini.
Ertinya, saya atau kami seluruh rakyat Kelantan memilih Islam demi untuk membetulkan landasan hidup. Saya mentadbir negeri ini dari sejak 1990 atas nama Islam untuk mengembalikan perjalanan hidup manusia dari landasan yang salah yakni mengabdikan diri sesama makhluk melalui pelbagai isme ciptaan kepada mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta semata-mata. Disamping itu, kami datang untuk membetulkan dan memulihkan demokrasi yang telah dengan teruknya dikhianati.
Dengan agenda sebesar itu, kami mula bergerak perlahan-lahan. Mula-mula saya perintahkan semua simpanan wang kerajaan dipindahkan ke dalam Bank Islam. Ini dilakukan untuk mengelakkan kerajaan berlanggan dengan sistem ekonomi yang menindas yang dilandasi riba. Riba ini sebenarnya penghisap darah. Sejurus selepas itu, saya didatangi oleh satu rombongan pengurus-pengurus bank yang merayu saya tidak berbuat demikian. Saya menjawab bahawa tidak ada apa yang salah mengenai saya tetapi yang salahnya ialah tuan-tuan dan dasar kapitalis yang menindas hasil amalan bank tuan-tuan. Mereka senyap.
Dari sinilah bermulanya era pengislaman bank-bank di Malaysia. Semakin banyak bank-bank yang mula membuka dua kaunter. Kini, sudah semakin banyak bank-bank yang beroperasi menggunakan instrumen kewangan Islam sepenuhnya. Lebih kurang dua bulan yang lepas misalnya, saya dijemput untuk merasmikan pembukaan Hong Leong Islamic Bank. Menjawab persoalan tuan; maka ini semua berupa pencapaian.
Satu lagi perkara ialah kita tidak berminat untuk membesar-besarkan faktor bangsa. Apa yang saya perbesarkan ialah perihal bersamanya kita semua ini kerana kita datang dari keturunan yang satu yakni Adam dan Hawa. Kita berada dalam sebuah keluarga yang besar, yang bertolak dari benih dan keturunan Adam yang sama. Dengan ini, saya menyemai perasaan kasih sayang, perasaan kebersamaan dan adik beradik. Tidak timbullah dasar dan amalan menindas dan berkembangnya perasaan curiga, dengki mendengki yang menekan dan mendiskriminasi. Di sini, kita telah berjaya meruntuhkan tembok tebal yang memisahkan kita sesama kita sekian lama. Sebaliknya, kita semai perasaan hormat menghormati, saling bantu-membantu, hidup tolong menolong dan berbantu simpati.
Inilah latarbelakang kepada timbulnya program-program seperti kifaalah, skim bantuan armalah, ladang rakyat dan pelbagai lagi program ‘mesra rakyat’ demi membantu kumpulan sasar yang terdiri dari golongan bawahan dan fakir miskin. Ambillah contoh kifaalah sebagai misal. Bagi setiap kematian yang melibatkan rakyat kami yang berusia 60 tahun ke atas, bantuan sejumlah RM2,500 secara automatik diberikan. Istimewanya program ini ialah ia disumbangkan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, bahasa dan keturunan. Inilah contoh dan bukti dasar-dasar non-diskriminasi yang kami maksudkan.
Dalam masa yang sama, saya selalu membuat kenyataan bahawa untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, orang itu bagi saya tidak perlu seorang Melayu. Dia boleh jadi seorang berketurunan Cina atau India asalkan dia seorang yang warak, bertakwa dan alim. Semua faktor ini menjadi punca kepada cenderungnya pengundi bukan Islam memberi undi kepada calon Islam dari parti PAS dalam pilihan raya yang lalu.

Boleh Tuan Guru memberi satu liputan mengenai projek-projek pembangunan dalam sektor perumahan, perbandaran dan perhotelan dalam konteks industri pelancongan?

Kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini. Umpamanya dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi, minuman beralkohol dan pelbagai kegiatan maksiat. Untuk kegiatan judi pula, kami haramkan seratus peratus kerana ia aktiviti yang cukup tidak sihat. Orang bodohpun boleh menang manakala orang intelek pula boleh menjadi kalah dan papa kedana. Ia permainan yang tidak menggunakan akal dan membunuh ikhtiar. Bagi minumam arak dan alkohol, ini kita kawal. Kita kawal pemberian lesen premis kerana menghormati budaya hidup non-Islam.
Bagi projek perumahan, kita kenakan syarat minimum untuk pemaju membina rumah tiga bilik sekurang-kurangnya. Ini untuk mengasingkan tempat tidur ahli keluarga berasaskan perbezaan jantina antara ketua keluarga, anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan selaras dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w..

Besok akan berlangsung sebuah mesyuarat penting antara ketua-ketua negara EU untuk mencari langkah-langkah sesuai dalam menangani isu kemelesetan ekonomi dunia. Dalam konteks Kelantan, apakah ada terdapat sebarang langkah untuk menghadapi ancaman dari masalah ekonomi ini?

Pada saya, ekonomi tidak bermasalah tetapi manusia yang bermasalah dan sedang dengan sengaja menimbulkan masalah. Jika dikaji punca sebenar, ia boleh bermula dari pertemuan yang teramat sulit yang pernah diatur oleh enam orang banker di Jekylls Island. Dipengerusikan oleh Senator Aldrich dan dihadiri oleh tokoh-tokoh bank yang mewakili Rockefeller, Morgans, Warburgs dan Rothchilds; mereka memutuskan untuk menubuhkan Federal Reserve System. Inilah punca awal kepada wujudnya wang Fiat yang dicetak tanpa diasaskan kepada sandaran emas.
Wang Fiat dicipta dan dicetak dari kegiatan memberi hutang (money is created from debt). Kemunculan sistem ekonomi kapitalis yang membawa elemen riba dan bunga ini adalah satu bentuk penindasan sebenarnya. Dengan pelbagai instrumen kewangan, ia menindas massa. Umpama lintah darat, riba memeras dan menghisap darah. Yang kaya melakukan monopoli untuk terus kaya dan semakin kaya manakala yang miskin pula akan terus dimiskinkan.
Dia akan terus menerus ditindas untuk akhirnya menjadi papa kedana. Sebenarnya, jika tidaklah kerana ketamakan dan kerakusan, segala kesenangan yang disediakan oleh Allah SWT ini memang mencukupi. Ia cukup untuk kegunaan semua. Masalah yang ada adalah penyakit tamak. Kapitalis yang mengaut, membolot dan membuli. Krisis kewangan dunia ini berpunca dari sini.
Sedangkan dalam agama Islam, Allah melarang duit membuat duit. Mana boleh kita duduk diam-diam, tiba-tiba duit datang berterusan. Itu namanya riba. Sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah, kenderaan dan komputer, mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini. Ini satu contoh kecil bagaimana kami boleh menjawab soalan tuan tadi.
Dalam Islam, ayat al-Quran yang paling panjang ialah ayat-ayat yang menghuraikan isu ekonomi. Ini membuktikan bahawa agama Islam ini lengkap. Ia satu sistem yang mampu diamalkan. Bahkan ia adalah formula mutlak yang terbaik; penyelesaian dan jawapan kepada segala perkara.

Saya mahu tanya satu soalan politik tempatan. Saya perhatikan PAS, DAP dan KeADILan mempunyai perbezaan dasar parti yang cukup ketara. Tidakkah ini sebuah kesukaran untuk berlakunya persefahaman yang kordial?

Menyentuh tentang masalah hubungan dengan DAP misalnya. Saya lihat, itu mungkin dulu. Kini, saya tidak fikir demikian. Tidak lagi. Dulu misalnya, mereka agak cenderung melihat kami ini ada membawa pengaruh Taliban. Kini saya lihat sudah ada perubahan sikap. Mereka lebih banyak cuba memahami.
Dalam banyak contoh yang ditunjukkan, saya dapat lihat mereka semakin terbuka hasil dari bertambahnya kefahaman. KeADILan pun sama. Paksi perjuangan mereka adalah keadilan. Ini cukup selaras dengan perjuangan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS. Tiada erti Islam itu jika tiada keadilan. Jadi sekali lagi, kita menjangkakan kita tiada masalah.

Diambil dr Harakahdaily

izinkan aku menangis

kini kau pergi jauh
hingga tanganku tak mampu memelukmu
hingga kakiku tak mampu mengejarmu
hingga mataku tak mampu menatapmu
hingga teriak panggilku tak mampu kau dengar

izinkan aku menangis
biarlah airmata ini jadi samudra
menghantarku berenang mencarimu

"tapi syurga itu ada dilangit?"

Thursday, January 22, 2009

Kisah 5 biji telur ayam

5 biji telur ayam telah dimenangi oleh pasukan bola sepak Malaysia semalam, dihadiahkan oleh Pasukan bola sepak UAE. Itulah tahap sebenar pasukan kebangsaan dan kebanggaan rakyat Malaysia, yang masih disembunyikan oleh pihak2 tertentu.
Minggu lepas aku berpeluang menonton perlawanan antara pasukan Johor FC melawan Selangor diStadium Jcorp dekat rumah aku ni. Beberapa orang pemain Malaysia juga mewakili pasukan2 ini. Rumusan aku, seorang pakar bolasepak…… hancur. Mereka main seolah2 hanya mengejar kemenangan, padahal masa perlawanan liga Malaysia ni lah sepatutnya mereka mengasah bakat, improve skill, bukan hanya menerjah sana terjah sini, nak sumbat gol.
Itu saja lah komen aku, kerana orang yang pakar bersepah kat luar sana…..Cuma tahap permainan pasukan kita yang makin ketinggalan.


Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?
Pembeli: "Telur ayam.
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?
Pembeli: "Ayam biasa.
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Wednesday, January 21, 2009

Majlis Perpisahan Sam

Senibong seafood Restoran
ditepian Selat Tebrau
berlatarkan cahaya lampu
kapal yang menyusuri
selat yang lesu...

disitulah
majlis perpisahan untuk Sam
dilangsungkan
dalam kemeriahan
gelak ketawa
pasti terselit rasa hiba dihati Sam
untuk meninggalkan keluarga
kawan2, jiran2,ayam, itik dan
semuanya...

Doa kami semua
agar Sam berjaya
mencapai impiannya
mencari rezeki dirantauan
mendiami bumi Rasullulah
bersembahyang diMasjidil Haram

hanya sebuah hadiah kecil
buat Sam,
sebuah 'thumbdrive'
didalamnya terkandung
gambar2,cerita2 dan macam2 lagi
termasuklah 'my resume'
untuk tindakan susulan......






Saturday, January 17, 2009

PAS rampas kerusi Parlimen KT

Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi.Calon bebas pula mendapat 193 undi.

Pilihanraya kecil kat Malaysia yang terkini dimenangi oleh PAS, berikut adalah pandangan aku seorang rakyat biasa mewakili rakyat2 biasa diMalaysia yang tak ada kepentingan atau keuntungan samaada PAS atau BN yang menang;

1. Rakyat masih belum yakin dengan barisan kepimpinan BN sekarang khususnya UMNO walaupun proses peralihan kuasa pucuk pimpinan telah diumumkan. Kenapa rakyat tak yakin pada kerajaan sekarang?, pada pandangan aku ada beberapa faktor yang berkemungkinan:
i. Banyak masaalah2 rakyat yang masih tertunggak seperti kadar jenayah, rasuah, pendatang, pengangguran, hak orang melayu dan lain-lain.
ii. BN khususnya UMNO masih 'menyimpan' pemimpin2 yang tidak disukai rakyat.
iii. Pemimpin tertinggi kerajaan mestilah mempunyai karisma, tegas dan berani. Barulah rakyatpun rasa yakin dan selamat.

2. BN masih mengunakan taktik yang sama yang dah lapuk dalam kempen mereka. Mereka mengunakan semua Media yang dikuasai mereka untuk menghentam lawan mereka. Tanpa mereka sedari, cara ini akan menimbulkan perasaan simpati rakyat kepada parti lawan yang tak ada peluang untuk bercakap atau membela diri.

3. Lu fikir lah sendiri........

sedikit pasal tempat kerja aku...




Malaysia's economic growth created a dramatic rise in electricity demand. To address the situation, in 1990 the Government corporatised the National Electricity Board to form Tenaga Nasional Berhad - and paved the way for independent power producers (IPPs) to enter the market

The first IPP licence was granted to the infrastructure group YTL Corporation Berhad. In November 1993, its subsidiary YTL Power Generation Sdn Bhd began construction of two power plants, with a combined generating capacity of 1212 MW, at Paka, Terengganu and Pasir Gudang, Johor.
The turnkey contractor was a joint venture between Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd (SPYTL) and Siemens AG - one of the world's largest turbine manufacturers and power plant suppliers.
For the operation and maintenance of the plants, Siemens and YTL jointly established YTL Power Services - the first time Siemens had become directly involved in power plant O&M after construction, commissioning and handing over to the client.
YTL Power Services was incorporated in October 1993. During the construction phase the company rapidly built up its infrastructure - recruiting, developing procedures and systems, and training staff intensively. By October 1994, less than a year after the start of construction, commercial production of electricity in open cycle began at both stations.
For its scale, the project was one of the fastest ever built. With just 22 months from start to finish, it set a world record even for Siemens. Such rapid progress added to the challenge of O&M mobilisation, but YTL Power Services kept pace with this performance, and began commercial operation seven months ahead of the original schedule.

Wednesday, January 14, 2009

Penjelmaan semula

Semperna dengan tahun baru, azam baru, baju sekolah baru....maka aku pun nak mem'baru'kan blog aku. Dengan kata lain aku nak jelmakan semula blog aku ni.
Mula2, seperti yang terpapar, background sudah bertukar dari 'colouring to the dark'. Hitam itu penuh misteri, dan setengah orang kata "black is beautiful'. Aku suka unggapan ini kerana ia sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku.

Isinya juga akan berubah sebagaimana kulitnya. Kalau dulu skop cerita aku berkisar tentang keluarga dan orang2 terdekat saja, tapi kali ini aku membuka sedikit pintu tempurung yang menyerkup aku ni. Aku akan menyentuh sedikit tentang politik, sosial, ekonomi, hiburan,alam sekitar dan sebagainya, tapi masih dalam batas2 tertentu.

Tapi aku bukan ahli politik
jadi jangan politikkan tulisan aku
aku juga bukan pakar ekonomi
jadi kalau tak ada duit jangan mintak dengan aku
aku juga bukan artis
tolong jangan glamourkan aku
aku bukanlah seorang ustaz
kalau tersalah dan tersilap
tolonglah tunjukan
aku juga bukan Karam singh Waria
berseloka ditepi sungai tercemar
aku juga bukan seniman
hanya bersajak jalanan


aku hanya seorang manusia biasa
yang sentiasa ada silap dan salah
jadi maafkan aku
maafkan aku
maafkan aku........

Monday, January 12, 2009

Tak kenal maka tak cinta

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah.. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu..
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
· Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

Thursday, January 8, 2009

Bangsa yang sombong dan hina

Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Sunday, January 4, 2009

Rumah ditenggah sawah



Rumah ditenggah sawah, berlatarbelakangkan bukit, berhampiran anak sungai, sedang dibina ini adalah rumah aku. Lokasinya 2km dari bandar Pasih Puteh. Mungkin 3@4 bulan lagi akan siaplah rumah idaman aku ini. Masaalahnya kalau siap nanti sapa nak duduk kat sini, kerana aku masih lagi kat PG.

Saturday, January 3, 2009

Permatang Gading


Permatang Gading...

desa kelahiranku
tidak lagi semeriah dulu
yang tinggal kini sawah yang semakin kontang,
sungai yang semakin lesu
padang yang semakin sepi
seseolah tidak berpenghuni

Permatang Gading...
bukan sekadar desa pingitan
disini lahirnya para cedikiawan
Doktor,pilot,CEO,jurutera
dan sebagainya....
yang kini diserata bumi
menabur bakti

Permatang Gading
percayalah suatu hari
bumimu akan bercahaya semula
anak-anakmu pasti akan kembali......

Friday, January 2, 2009

2.1.1992

2hb january, tarikh bersejarah yang selalu aku lupa dan kadang2 tak ingat. Tapi isteri aku memang ingat tarikh ini dan dialah yang selalu ingatkan aku. Bukan sengaja aku tak nak ingatkan, tapi banyak sangat benda yang nak aku ingatkan, masaalah ekonomi dunia, perang kat Palestine, lanun kat Somalia dan banyak lagi masaalah2 negara, jadi aku pun selalu terlupalah tarikh tersebut.

Bagi orang perempuan mungkin tak banyak benda yang nak mereka fikirkan, jadi senang sikitlah nak hafal tarikh2 ni. Paling tidakpun mereka kena ingat kat mana shopping mall yang tengah sale sekarang ni.

Tarikh 2hb january 1992 adalah hari kami (aku dan isteri aku lah) diijabkabulkan. Setelah ditolak dari 2.1.2009 maknanya sudah 17 tahun rumahtangga kami dibina. Lama tu....macam2 yang kami lalui sepanjang tempoh tersebut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, begitulah rencah dan ragam dalam rumahtangga. Alhamdulillah, segala cubaan, dugaan dan rintangan dapat kami atasi. Dan kami berdoa agar Allah sentiasa memberi rahmat dan memberkati kami sekeluarga dan dipanjangkan jodoh kami hingga keakhir hayat...insyaalah.

Akhirnya sebuah lagu khas buat isteri aku...

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Sepanjang Jalan KePasir Puteh


Bersiap nak bertolak dari rumah
di Highway PLUS dari Skudai ke Yong Peng Sempat berposing di Hentian Yong Peng Tak lupa, makan.....Eeee sedapnya Eh...dah sampai kampung, yeeeeee.















Thursday, January 1, 2009

Ragam Aisy

I feel Gooddddd!!!!!
Tolong!!!!bomba, polis, askar, tolong Aisy tersepit

"Aleh...... kereta bapak saya lagi besar"
"Eelah...... kapal selam bapak saya lagi besar, tak kecoh punn"