Wednesday, January 21, 2009

Majlis Perpisahan Sam

Senibong seafood Restoran
ditepian Selat Tebrau
berlatarkan cahaya lampu
kapal yang menyusuri
selat yang lesu...

disitulah
majlis perpisahan untuk Sam
dilangsungkan
dalam kemeriahan
gelak ketawa
pasti terselit rasa hiba dihati Sam
untuk meninggalkan keluarga
kawan2, jiran2,ayam, itik dan
semuanya...

Doa kami semua
agar Sam berjaya
mencapai impiannya
mencari rezeki dirantauan
mendiami bumi Rasullulah
bersembahyang diMasjidil Haram

hanya sebuah hadiah kecil
buat Sam,
sebuah 'thumbdrive'
didalamnya terkandung
gambar2,cerita2 dan macam2 lagi
termasuklah 'my resume'
untuk tindakan susulan......






10 comments:

GigiPalsu said...

eehhh apasal muka aku tak de dlm gambar???
Tak patut betul la...
eeh kris makan apa mlm tu?

mawar merah said...

amboi...!!!sedapnya makan kat tepian selat tebrau tu...bila nak belanja kita orang...?anyway,salamat jalan buat sam.semoga sentiasa dirahmati olehnya dalam apa jua yang dilalui.

Zaki said...

Ustaz azam...
kenape tak datang..abg angkat kau siKriss tu dok tanya2 mana kau tak de...dia tu mana boleh pisah lama dengan kau..

Cik mawar,
tak elok makan seafood selalu....high calestrol...darah tinggi tu!

GigiPalsu said...

En zaki jgn pangil saya ustaz, saya ni dulu cuma lulusan sekolah pondok talepon je...

Zaki said...

patutlah macam ustaz songsang je, tak pe lah aku panggil kau dengan nama glamour kau...gigipalsu.

Rafi said...

GigiPalsu...kau memang tak patut.
Kau ler org yang terawal tahu Pak Sam nak cabut gi Saudi...sampai kawan-kawan sepetai, sejering, sejalan & sekampung dgn dia pun tak tau.....sahabat sejati menyimpan rahsia sampai mati...hehhe
Kenapa la kau tak pergi meraikan majlis Pak Sam tu... mesti dia menyimpan hati...resume kau tak sampai ler ke Saudi...
Aku kat UK ni pun sedih tengok majlis Pak Sam tu...harap dia tabah hati tinggalkan anak bini dan kulia tersayang...hehehe

AZANI said...

aku baru je nampak wajah aku dalam gambar tu.... berserabai habis. Ni kalu cameraman tak pandai mesti lighting tak ok. Aku sedih...sedih.

AZANI said...

hari ni sam tiger menuju ke bumi arab...semoga selamat dan berjaya serta diberkati Allah hendaknya.

Zaki said...

Rafi,
Janganlah dok ambik hati dengan sedara kau tu, maafkan lah dia, manalah tau dah tak jumpa lagi lepas ni.....

P.s: Kalau jumpa siRoney tu kirim salam, tu member aku tu, dulu main bola sekali. Dia dapat wakil MU, aku pulak Johor FC sebagai tukang kutip bola.

Zaki said...

Chip,
sorry la pasai kamera aku ni murah je, sebab tu dapat menyerlahkan kehenseman kau. Nantilah siRafi balik dari UK aku pinjam kemera mahal dia tu.