Thursday, April 23, 2009

Hujan batu



Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri
Sebenarnya tak de pun hujan emas dinegeri orang, tapi kalau hujan batu tu ada. Besar2 batunya sampai pecah cermin kereta. Hujan batu dinegeri kita ni kalau ada pun kecik2 je.

Kalau dah hujan batu dinegeri orang, kenapa masih ramai orang berpusu2 keluar negara untuk berkerja. Sebabnya aku rasa pertamanya kerana duit...gaji yang lumayan, kedua kerana ingin berubah angin...dah boring dah dok kat malaysia ni, ketiga kerana merajuk....dengan keluarga atau dengan pemerintah?....rasa2 akulah.

Diantara ketiga2 sebab diatas tidak satu pun penyebab kenapa kawan aku siTiger tu pergi kerja kat Arab saudi. Kerana dia pergi kesana ikut2 orang je ataupun terpengaruh dengan cakap2 orang. Akhirnya sekarang nangis2 nak balik.

Sebenarnya nak kerja kat oversea ni perlukan ketahanan mental dan fizikal, apatah lagi kalau keluarga ditinggalkan. Persekitaran yang berbeza, manusia yang berbeza dan cara kerja yang berbeza memerlukan persediaan mental yang tinggi.

Aku juga pernah ke overseas , aku pernah bermain ais kepal dikanada, aku pernah menyusur sungai yang cantik dibaltimore, USA, aku pernah menyusup masuk kekubur firaun dibawah piramid Giza, aku pernah tersesat bersendirian diBuenos Aires, Argentina dan dikejar anjing ni Nakhoka, Russia. Itu cuma sebahagian dari catatan perjalanan aku yang panjang. Selain itu aku pernah kejepun, china, taiwan, hongkong, filipina, thailand, indonesia, india, jordan,turki, saudi arabia, sudan, mesir, morroco, itali, perancis, belanda, jerman, british, canada,usa, mexico, venezuala, brazil, argentina, afrika selatan dan australia.

Setelah begitu jauh berjalan, akhirnya aku mendapat satu kepastian bahawa tiada tempat yang paling cantik, paling selesa, paling indah didunia ini selain negara tumpah darahku....malaysia.

10 comments:

pB said...

Salam

betul tu ....

sebab tu lar kalau boleh pB nok balik dok Klatae ...

hu hu uh

~0~ said...

Salam
btol...lebih baik di tempat sendiri

AZANI said...

Assalamulaikum Ki:
Aku rasa Tiger tu rindu anak dia.Masa kita di kapal dulu, kita belayar sana sini sambil bawak persekitaran Malaysia dalam kapal, crew malaysia, makanan malaysia,tukang masak malaysia, kompeni malaysia.Tapi bila duduk setempat kat bumi,di UK dulu, baru terasa sedapnya sambal belacan.Rindu nak balik.

catz_mafia said...

Ma_War,
Bestnye kerja di negara orang.. Nak lah jugak merasa..

Jailudin said...

hai kawan,maksud hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri tu hanya la peribahasa je saudara..,maksud nya berada di negara orang tu bagus,tapi walaupun susah ke senang adalah lebih baik di negara sendiri.itu lah maksud tersiratnya.

http://www.pesz.blogspot.com

GigiPalsu said...

Aku ki tak kisah hujan kat mana2 pun, cos aku sediakan payung sebelum hujan... nanti demam maklumlah sekarang hujan acid.
Tapi yg aku paling sonok baca en3 kau ni satu je... Gambar kau tu macho la... zaman rokersss?
Yg kat atas unta tu dasyat la...

Zaki said...

pB,
kita pun nak balik dok kelate jugak...tapi tunggu pencen dulu lah.


~0~,
tapi muda2 ni elok juga merantau, cari pengalaman.

Chif,
Tak sempai sembang panjang masa jumpa kau kat masjid tadi. Tapi nampaknya kau semakin sihat.

Kau lebih arif pasal merantau-rantau ni.


c_m,
Kalau kejap2 tu best la, tapi kalu lama2, kena tinggal keluarga lagi....tension.


jailudin,
pandainya....anak sapa ni.
maaf le pokcik ni BM spm dapat 6 je,nasib baik tak tergolek jadi 9.

BDW terima kasihlah kerana melawat blog pokcik.



Zam,
apa kau cakap tadi tak dengar lah..
apa....
...
...
apa......manco
sekali lagi...manco.
.........hihihi
tau tak ape.

Anonymous said...

saya setuju. memang sesungguhnya malaysia juga tempat ku. ramai org tak tahu ingat smuanya bagus di luar negara. tapi msia juga the best.

manlaksam said...

Ki,
Hoi....seluar putih tu yang kawe suko tuh.(macam Amy Search zaman muda).
Naik unta....macam Jamal Pak Tongkol saudagar unta leher panjang.Sori....gggura jah.

Zaki said...

Saudara tak bernama,
saudara ni anak malaysia ke satu malaysia.....


Cikgu,
kenangan zaman muda....
anak2 kawe gelak nak pecah perut tengok rambut kawe dulu.