Sunday, April 12, 2009

Sesekali kedapur

Hari ni hari terakhir aku cuti setelah 6 hari cuti dok saje. Hari ni aku ingat nak buat sesuatu yang lain sikit. Ape ye.....hehehe....masak

Sebenarnya aku juga teror memasak, aku boleh masak kari, tomyam, asam laksa dan lain-lain tapi berasaskan megi atau dengan kata lain megi kari, megi tomyam, megi asam laksa dan lain2 yang aku celup dalam air masak. Sedap jugak.

Selain daripada masak megi, aku juga pakar membuat kuih lempeng atau budak2 sekarang panggil pancake. Bagi sesiapa yang tak pandai masak tu, masakan ni memang susah. Tanpa membuang masa kita mulakan rancangan masak2 kita.

Ramuannya:
1. tepung pancake sebungkus
2. telur ayam- bagi yang keluarga besar tu boleh pakai telur burung unta
3. air secukup rasa

cara2 membuatnya:
masukkan semua bahan diatas dalam bekas (tah apa nama bekasnya), kemudian kacau...kacau dan kacau sehingga lengguh tangan kauorang. Kalau dah lengguh tu maknanya dah sebatilah tu.
Lepastu panaskan kuali dan gorenglah..itupun nak kena ajarke.




Dan.....jeng jeng jeng


Lepas tu aku aku hand over kat isteri aku untuk settlekan urusan seterusnya. Dan sebelum dia membebel sebab dapur dia dah tonggang langgang...baik aku pergi mandi dulu....belum mandi lagi.

9 comments:

AZANI said...

he he he,teringat aku masa aku baru nak tukar profesen jadi Chef Wan kat rumah,konon nak jadi suami versatile, last last biar orang rumah yang masak.

fairusrazak said...

Hehehe...sesekali masuk dapur ni seronok gak...bleh asah skill masak walaupun masak tak seberapa.

GigiPalsu said...

Ehh.. Pagi tadi punya jemput2 pisang tu sapa buat...
Sedap la, macam nak habiskan je...

AZANI said...

sehedap ye, ala kita ni siapa, tak duduk seplant lagi, dengar je dan yelan lior...kah kah kah.

Zaki said...

Chif,
kalau kau kempunan sangat nak makan jemput2....hah jemputlah kerumah.


fairus,
sesekali tolong sepahkan dapur.


Azam,
itu antara kepakaran aku yang tak ada pada chef2 lain, masak lempeng jadi jemput2.

pB said...

masak rajinggggg

ngemas malassss

mana adil gitukkkk

manlaksam said...

Kira okey lah tuh!.......ada setengah orang tu masak air pun tak pernah.

Zaki said...

pB,
janganlah marahhhhhh
kita mesti tolongggggggg.


Cikgu man,
ada ke orang yang tak pernah masak air, agaknya dapur pun dia tak tahu kat mana.

Jailudin said...

AMBOI,PAKAI TELUR BURUNG UNTA TU,

MANA NAK CARI TELUR TU DALAM MALAYSIA.

http://www.pesz.blogspot.com