Sunday, April 26, 2009

Bodohkah aku?

"Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu.
Orang cerdik menulis tentang peristiwa.
Orang pandai menulis tentang ‘orang lain'.
Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri. "

ungkapan ini aku petik dari sebuah blog dan ditulis oleh seorang penulis buku terkenal (walaupun aku tak kenal). Baru aku tahu rupanya aku termasuk dalam katogeri orang yang bodoh kerana banyak menulis pasal diri aku sendiri dalam blog aku ni. Dan banyak pulak rupanya orang bijak pandai kat Malaysia ni kerana berlambak-lambak blog politik yang menceritakan pasal 'orang lain' selain mengutuk, mencerci dan mencerca orang.

ingatlah wahai orang yang cerdik pandai...satu jari menunjuk orang lain, empat jari lainnya menunjuk kemuka kamu sendiri.

maaf jika aku tersilap.......

4 comments:

AZANI said...

Pendeta Zaki:yang tunjuk jari kat mu tu, kena tenok jari mana dia guna, kalau ibujari tu, sopan, kalau jari telunjuk,tu tak beradat,kalau jari hantu tu memang nak kena tibai,kalau jari manis tu, er(kalau pompuan mu bagi cincin),kalau jari kecik,mu sua lubang hidung,suruh ia korek..he he he....

manlaksam said...

Zaki,
Ambo selalu tulis pasal diri ambo, kambing ambo, pokok-pokok dan anak murid ambo.
Biarlah kalu orang nak kata ambo ni bodoh ke.....tolol ke.....bengong ke....ambo tak kisah.
Orang cerdik tu kalu ambo tanya 276548 X 23234 boleh jawab ke secara spontan?
Kalu guna calculator , orang gila pun boleh.(maaf Ki ambo tulis panjang sikit).

Zaki said...

Chif dan Cikgu man,
Ambo ni bukan anti orang2 alim ni, tapi sesetengah demo tu mudah sangat meletakan hukuman. Mentang2lah depa tu ada izajah berjela2 dalam bidang agama. Macam cakap cikgu man, kalau bagi soalan math, terkial2 nak buat...apalagi kalau bagi solan themo ke, dinamik ke, mahu terkencing diaorang tu.

GigiPalsu said...

Bodoh... biar bodoh tak pe, janji lepas tension...
Tapi jangan kita diperbodohkan orang dah la...