Saturday, April 18, 2009

Ucapan mulia yang berdosa

Ramai artis Malaysia sekarang yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.
Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.
Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.
Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.
Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)
Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

petikan daripada artikel yang ditulis oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman

7 comments:

manlaksam said...

Ki,
Terima kasih kerana menyampaikan...

AZANI said...

Bismillah
Alhamdulillah
Jazakallahu khairan kathira
Ki:memang satu hari dulu artis artis ni pernah menggemparkan dengan kenyataan yang tak patut, seperti Rosnah Mat Aris,Ogy Ahmad Daud.Aku rasa sepatutnya RTM, Astro, TV3 atau NTV7 TV9, perleu ada badan dakwah yang kerjanya mentasykilkan sdemua artis yang nak masuk rancangan mereka, at least taklah terkeluar perbuatan dan kenyataan melalu.Tak gitu Ustaz.

GigiPalsu said...

Ustaz zaki...
(mu sekolah pondok mna dulu, tak pernah jumpa pon masa kat pondok talipon)
Itu la umat akhir zaman, doa supaya Allah bagi taufik dan hidayat untuk taubat...

catz_mafia said...

Zaki,
Dapat sedikit ilmu dari entri ini..

Zaki said...

Cikgu man,
semoga kita sama2 peroleh sedikit manafaat.


Chif,
masaalahnya artis sekarang dah jadi idola anak2 kita, sebarang ucapan/kata2 mereka juga jadi ikutan budak2.


Azam,
kau belajar kat sekolah pondok talipon, aku kat sekolah pondok durian, mana nak jumpa.


CM,
sampaikanlah walau sepotong ayat...

fairusrazak said...

Inilah hakikat dunia hiburan kini. Masih ramai yang 'kelabu mata' bila dijolok dengan keseksian artis sekarang.

Sampai bulan puasa pun nak puasa mata pun payah sebab golongan ni takkan berhenti tampil dengan 'vogue' untuk tatapan umum.

Apa yang disampaikan oleh Zaki memang benar. Terima kasih Zaki sebab anda membuka mata semua pengunjung blog ini.

Zaki said...

Fairus,
kalau tak ditonjolkan oleh media,benda2 ni tak akan sampai kemata kita.
Mungkin itulah antara fungsi media dinegara kita selain membodek.