Sunday, March 29, 2009

Bukan yuran tapi sumbangan

Semalam aku kesekolah Aiman untuk mengambil buku rekod, berbincang dengan guru kelasnya dan membayar yuran persekolahan untuk tahun ini. Aku kurang pasti mengapa yuran persekolahan kena bayar sekarang bukannya diawal tahun seperti biasa.

Keputusan peperikasaan Aiman macam biasa. Macam dulu2 jugak. Dia cuma maintain kedudukannya dalam kelas berada ditenggah2.
Aiman tak kesah…
Dah form 2 pun masih macam ni jugak, sekali suruh belajar, baru dia nak buka buku..
Aiman tak kesah…
Dah penat abah dan mama nak ingatkan aiman selalu, aiman dah besar fikirlah sendiri..
Aiman tak kesah……tapi abah dan mama yang tensionnnn.


"sumbangan persekolahan untuk tahun ni ialah RM130" kata guru kelas aiman yang sangat peramah.
"Sumbangan ke yuran" tanya aku
"sekarang dia panggil sumbangan" kata cikgu
"kalau sumbangan kira macam derma lah, nak bayar boleh, tak bayar pun boleh"tanya aku pulak.
"eh..tak, kena bayar, sama macam yuran jugak"
"habis kenapa tukar nama"
"ini arahan kementerian"
"oooooo"

Akhirnya kementerian pelajaran berjaya mengurangkan……bukan yuran tapi tekanan perasaan ibubapa dengan menukarkan perkataan yuran kepada sumbangan.
Syabas.

8 comments:

AZANI said...

La ni semua ikut sekolah China, dalam sepenggal ada dua tiga kali derma.

Zaki said...

depa tak pe la banyak duit,org kita la ada masaalah sikit.

AZANI said...

untuk anak anak ki, tak mengapalah tambah 130,sekolah kerajaan, kalau maahad tahfiz, 130 sebulan, kadang kadang 150, ikut minggu dalam bulan tu.

manlaksam said...

Pak Man tak kesah........
Ambo Cikgu, tak leh nak komen.

GigiPalsu said...

Sek anak aku tak buat collection lagi...
Dulu kata bulan Mac, ni dah nak april... Tak jadi kot..

GigiPalsu said...

Sek anak aku tak buat collection lagi...
Dulu kata bulan Mac, ni dah nak april... Tak jadi kot..

AZANI said...

Ki,
Aku yakin kau boleh...
kau adalah antara orang kita yang tersohor.

Zaki said...

Chip,
bukan tak mampu nak bayar, cuma caranya tak berapa kena.

Cikgu man,
sorry cikgu.

Azam,
bayar tetap bayar, cuma masa yang menentukan.