Wednesday, July 8, 2009

Amaran pertama

Sakit yang datang tiba-tiba
seolah amaran pertama
berwaspadalah
bersiap sedialah
kali ini hanya gastrik yang dicubanya
mungkin lain kali yang lebih hebat
sakit jantung mungkinnya
atau kawannya sistroke
maka tak upaya lagi mungkin
aku menulis disini

dikesempatan yang ada
sesingkat mungkin ini
berilah aku peluang
untuk lebih mendekatiMu
berilah aku kesempatan
membalas jasa bakti
insan2 yang banyak berkorban
untukku..
berilah aku sedikit masa
untuk membesarkan
anak2 ku anugerahmu

Tuhanku
hanya engkau tempatku mengadu
ampunkanlah aku......

2 comments:

AZANI said...

usah risau ki, kau berkali kali lebih baik dari aku...

Zaki said...

Tak leh cakap chif, nampak luaran je sihat, dalaman kita tak tahu....tiba2je colapse.

note: gambar baru kau ni sebijik macam RPK.