Friday, February 27, 2009

Balada seorang gadis kecil 2

"Asalamualaikum pakcik" tegur seorang gadis kecil sebaik saja aku keluar dari CIMB
"Waalaikumussalam"
"Kami nak kutip derma untuk sekolah anak2 yatim"
Tanpa banyak soalan aku hulurkan 10 ringgit, maklumlah beg duit aku tengah penuh ni.

Kemudian aku masuk pula RHB, dan apabila keluar aku ditegur lagi, kali ini oleh gadis kecil yang lain tapi aku agak geng dia orang gak ni.
"Asalamualaikum pakcik"
"Waalaikumussalam"
"Kami nak kutip derma untuk sekolah anak2 yatim"
"dah bagi tadi kat kawan awak tu"

Aku masuk pula BIMB, dan apabila keluar aku disapa lagi. Kali ini aku tak berapa gembira kalau nak dibandingkan semasa aku keluar bank yang pertama tadi sebab beg duit aku dah kembali normal…kempis balik.
"sebenarnya awak ni dari mana ekk" aku soal budak yang ketiga tegur aku tu.
"dari sekolah anak yatim dikedah"
"jauhnya, macamana boleh sampai kat sini"
"cikgu yang hantar, ini kegiatan kokorikulum kami"
"betul ke ni, pakcik nak ambik gambar boleh"
"pakcik nak buat apa"
"pakcik nak masukkan dalam blog pakcik"
"taknak lah pakcik" budak tu beransur2 menjauhkan diri.

Terfikir sejenak, kalau betullah budak2 ni dari sekolah anak2 yatim, patutkah mereka digunakan untuk mencari dana sekolah mereka. Bukankan sepatutnya mereka bersekolah macam kanak2 lain.
Tapi kalau mereka bukan dari sekolah anak2 yatim, jadi siapakah dalang disebalik kegiatan ini.

Sapa yang nak kena jawap.

11 comments:

Anonymous said...

hai..beg duit penuh sepuluh aje ke kasi???...musykil betullah tentang gadis2 tu...

akula said...

Ye la ambo pun beso kena. Anak2 tu guna ayat sama ...tapi dia tunggu kat stesyen minyak (sekitar jln by pass kuantan).

Kita sangka baik la kat depa ni, tapi kalau depa dipergunakan memang kesian la kan...

aza ni said...

aku pun pernah juga kena tegur, tapi biasanya bebudak lelaki yang jual wakaf tanah untuk buat bangunan di kedah juga tu. dia punya resit laminated, RM 50 nilainya...kalautak pun yang jual bam, rm10 satu bam,kalau tak kalender rm 10 sekeping, kalau takpun yang jual vcd lagu nasyid anak yatim, kalau takpun yang jual buku agama, kalu tak pun yang jual vcd tafsir yassin fatimah azzahrah, kaluau takpun yang jual vcd panduan sembahyang mayat...muka aku ni muka welfare kot, payahlak aku nak tolak..main ok je...yang aku hairan budak budak tu tidur mana?kat pasir gudang hotel murahpun RM 165 semalam. Banyakke depa kutip sehari?makan minum camana lak?hairan?

aza ni said...

betul juga ki, walletmu tu aku tahu berat berkati, takkan ada duit RM 10 , biasanya RM 50 not tu secekak,kan?

Tepi Sungai Batu said...

Ki,
Satu hari berapa kali mu keluar masuk bank?.....hehehehe.(jangan marah).
Di Raub pun ada, aku selalu bagi 2 Rial jah. Aku kata kalau nak banyak suruh guru besar datang mintak sendiri, budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak....(pinjam dialog Hj.Bakhil).

Zaki said...

cik ima,
bagi banyak2 nanti, habis duit nak beli langsir baru.

akula,
rasanya perlu ada pemantauan, takut ada ore ambik kesempatan.

Cif,
yang jual wakaf tanah tu aku nampak macam muka kau je....kau menyamar ee, pakai kopiah pas tu taruk janggut sikit...

Cikgu man,
biasalah ore kaya(utang) macam ambo ni, hujung bule sibuk sikit la. kalu ada sepuluh bank kat PG ni maka sepuluh bank lah kawe masuk.

GigiPalsu said...

Alhamdulilah...
Sedekah adalah amalan mulia, Nilai yg sikit tetapi iklas kerana Allah besar ganjarannya begitu sebaliknya...

Cikli said...

salam...

sedekah tu ikut kemampuan dan ikhlas.

tp kesin kat budak2 tu. saya pernah jumpa di makro ipoh, budak perempuan, pukul sepuluh malam masih di situ dengan uniform sekolahnya. ko kurikulum apa?

aza ni said...

cikli,ini kira koko gawat...betul tu cik azam..sedeqah amalan mulia, biar sikit tapi ikhlas, encik zaki yang mu tengok jual wakaf tanah tu kembar aku yang ke 5,(kononnya manusia ni ada 7 rupa seiras, wallahua'lam) lain kali mu try nengok dari celah kelangkang..

Zaki said...

Zam,
betul tu, kalau boleh tangan kiri pun tak leh tahu berapa yang tangan kanan sedekahkan..kan ustaz kan.

Cikli,
terima kasih kerana sudi melabuhkan sauh (teringat masa kerja kapal dulu)kat blog kawe.
Kesian budak2 tu.

Cif,
Sorrylah cif, aku silap oranglah.Sebenarnya kau jauh lebih hensem dari budak yang aku jumpa tu.

aza ni said...

URRRKKK...Alhamdulillah...sendawa kekenyangan akibat pujian tu...boleh lupa diri...