Sunday, February 1, 2009

Dua kali bocor

Mula2 tangki air rumah aku bocor, aku call la apek yang repair tangki tu. Ingat boleh tampal je. Tapi dia kata, "aiyaa ini aaa tak boleh repair ooo"

aku kata pulak. "apa pasal talak boleh repair tokeh, lu cakap lu tank repair specialist"aku bodek sikit.

dia kata pulak,"itu tangki aaa bikin sama fiberglass oo, kalu lu tampal pun dia bocor balik"

aku saja nak tanya, "habis tu tangki apa yang lu boleh repair"

dia pulak jawab," aiyaaa itu poly laa, sekarang semua pakai itu macam aaa"
saja aku nak buat bengong, "poly apa...poliklinik ke politeknik"

dia pun dah bengang," aiyaa itu plastik laa"

aku pulak kata, "habis tu apa macam"

apek cakap, "tukar baru laa lagi senang"

aku kata pulak (dalam hati), "sapa senang, lu senang ka saya senang"

aku tanya, "berapa aaa"

apek cakap, "haiyaa..itu atas punya tangki bayak susah mau angkat keluar, lagi itu tangki banyak besar, mau potong itu bumbung, lagi mau ang.....

"berapa......."

"650"

Sah....poket aku pulak yang bocor......

9 comments:

manlaksam said...

Ki,
Tangki bocor....poket bocor...tak apa ki....jangan rumah tiris bila hujan dah la...hehehe.(teringat rumah Chek ambo di kg., masa ambo kecik dulu, selalu tiris bila hari hujan).

pB said...

Salam

tangki air bocor tak per.

kalau tangki air kereta bocor , lagi parah .....

AZANI said...

aku nak comment tapi perkataan b***r tu sensitif. Kome lupe ke parlimen kita hampir musnah dek sebab benda tu... sampai dua yb kena tarik kenyataan....

GigiPalsu said...

Kau x consult aku dulu, kalau kau buat dgn uncle Surip tak sampai harga tu...
Tipah tertipu...Tipah tertipu...

GigiPalsu said...

Cheif kenapa kau tak buat freelance... kau kan expert dlm hal ni, bukan setakat tangki rumah zaki, boiler pun kau blh tukar...muskilll

Zaki said...

Man,
Tangki air bocor pun menyebabkan rumah tiris, pasal tangki tu atas bumbung.

PB,
betul gak tu, kalau tangki air kereta bocor, kejap lagi injin berasap, kejap lagi pulak kepala kita yang berasap.

Zaki said...

Chip,
Cerita aku ni straight foward je, tak ade double meaning. Lain lah dengan mereka2 diparlimen tu, bukan je double meaning tapi thousand of meaning.

Zaki said...

Azam,
aku tahu kepakaran siSurip tu, tapi kalau aku panggil dia buat keja ni, alamatnya 2 tahun lah anak aku tak mandi, sebab hari tu aku suruh dia buat kerja elektrik kat rumah aku ni, dah 2 tahun dah...sampai sekarang ni tak sampai2 lagi.

AZANI said...

Azam, bukan aku tak boleh buat freelance repair rumah zaki tu, masalahnya aku ni berat dosa,takut bukan sahaja tangki je bocor bumbung pun roboh....