Wednesday, February 11, 2009

Cerita dilebuhraya

Dalam seminggu dua ni aku banyak kali berulang alik mengunakan lebuhraya utara selatan. Biasanya kalau keadaan mengizinkan, aku memandu lajulah sikit, kadang-kadang mencecah 120~130km/h. Itupun tengok kepada keadaan, kalau jalan tak sibuk dan kereta tip top. Kalau tidak aku bawak slow je. Ye lah kalau jadi apa2 kat aku sapa nak jaga famili aku.

Dalam aku bawa kereta dengan agak laju tu, masih banyak kereta yang potong aku. Maknanya mereka berkelajuan 140 km/h keatas. Kadang2 berdesutt, nak tengok kereta pun tak sempat.
Dan perangkaan yang aku buat sendiri, dari 10 kereta yang memotong aku tu, 7 daripadanya ialah kereta plat Singapore. Mungkin perangkaan aku ni tak berapa tepat, tapi kebanyakan pemandu dari singapore membawa kereta dengan sangat laju. Kadang2 dari jauh lagi mereka bagi lampu supaya kita ketepi.

Walaupun kereta mereka power, walaupun mereka banyak duit nak bayar saman tapi mereka patut menghormati undang-undang disini. Semoga ada pihak yang memantau perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya

5 comments:

AZANI said...

ok ki aku dah baca kisah kau. you have my vote untuk next election.. bertanding, jangan tak bertanding.

manlaksam said...

Orang s'pore memang macam tu ke? Dah dapat pulau Batu Putih tu tak cukup lagi ke? Pergi lah race dekat pulau tu!....nak sangat.

pB said...

They all tu lepas gian ..

Kat Singapore , tak der tanah nak merempit...

Zaki said...

Chif,
Kau nak aku bertanding kat mana?

AbeMae,
Kalau boleh dia ore nak satu malaysia...jaga2.

pB,
Kat singapore tu, sekali 'prees' injin kereta dah sampai kat hujung negeri. Kesian mereka tu.

AZANI said...

kat sini boleh apa?