Wednesday, August 12, 2009

Jintan Manis, Kurma dan Air kelapa

Selain daripada langkah2 pencegahan yang diarahkan oleh kerajaan dalam membendung merebaknya virus H1N1 yang semakin membimbangkan ini, disini ada beberapa kaedah traditional atau alternatif lain dalam usaha kita mencegah penyakit ini.

Tak salah kalau kita mencuba, kerana mencegah lebih baik dari mengubat.
Pertama: Jintan Manis

Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah .


Kedua: Buah Kurma dengan Air Kelapa

bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk
cara2nya
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Kedua2 kaedah ini diceduk dari laman web:
http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/

2 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Zaki,
Tenkiu!...nanti kawe cuba.

Zaki said...

sama2lah kita berusaha mencegahnya...