Wednesday, January 14, 2009

Penjelmaan semula

Semperna dengan tahun baru, azam baru, baju sekolah baru....maka aku pun nak mem'baru'kan blog aku. Dengan kata lain aku nak jelmakan semula blog aku ni.
Mula2, seperti yang terpapar, background sudah bertukar dari 'colouring to the dark'. Hitam itu penuh misteri, dan setengah orang kata "black is beautiful'. Aku suka unggapan ini kerana ia sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku.

Isinya juga akan berubah sebagaimana kulitnya. Kalau dulu skop cerita aku berkisar tentang keluarga dan orang2 terdekat saja, tapi kali ini aku membuka sedikit pintu tempurung yang menyerkup aku ni. Aku akan menyentuh sedikit tentang politik, sosial, ekonomi, hiburan,alam sekitar dan sebagainya, tapi masih dalam batas2 tertentu.

Tapi aku bukan ahli politik
jadi jangan politikkan tulisan aku
aku juga bukan pakar ekonomi
jadi kalau tak ada duit jangan mintak dengan aku
aku juga bukan artis
tolong jangan glamourkan aku
aku bukanlah seorang ustaz
kalau tersalah dan tersilap
tolonglah tunjukan
aku juga bukan Karam singh Waria
berseloka ditepi sungai tercemar
aku juga bukan seniman
hanya bersajak jalanan


aku hanya seorang manusia biasa
yang sentiasa ada silap dan salah
jadi maafkan aku
maafkan aku
maafkan aku........

8 comments:

pB said...

kdg kdg kita perlu juga berubah untuk menjadi matang

GigiPalsu said...

Perubahan banyak menafaat...
Perubahan ke arah kebaikan...
Supaya esok lebih baik dpd sekarang..

Tepi Sungai Batu said...

Berubah ke arah yang baik tu adalah digalakkan......

aza ni said...

Walau apa pun perubahan mu janganlah berubah sehingga tak mahu jadi sahabatku, kawan ketawa senang dicari,kawan mengangis macam kembang bakawali 100 tahun sekali.....

Zaki said...

To pB,ustaz Azam and Cikgu Man,
Terima kasih atas sokongan. Insyaalah semoga Allah sentiasa memberi hidayat dan petunjuk kepada Hambanya yang serba kekurangan ini

Zaki said...

To Azani,
Aku nak jadi kawan macam bunga bakawali tu susah tu...tak mampu aku.
Lagipun aku risau kau tu yang tak nak kawan dengan aku, pasal aku tak hensem macam kau.

aza ni said...

Aku pun membuat sedikit perubahan pada "belakang tanah" "laman sarang lelabah aku", warna itu sebagai tanda penghormatanku kepada saudara tigerku yang akan berjauhan

aza ni said...

To Cik Zaki
Orang kata kecik tapak tangan, satu stilling basin saya tadahkan.