Friday, January 2, 2009

2.1.1992

2hb january, tarikh bersejarah yang selalu aku lupa dan kadang2 tak ingat. Tapi isteri aku memang ingat tarikh ini dan dialah yang selalu ingatkan aku. Bukan sengaja aku tak nak ingatkan, tapi banyak sangat benda yang nak aku ingatkan, masaalah ekonomi dunia, perang kat Palestine, lanun kat Somalia dan banyak lagi masaalah2 negara, jadi aku pun selalu terlupalah tarikh tersebut.

Bagi orang perempuan mungkin tak banyak benda yang nak mereka fikirkan, jadi senang sikitlah nak hafal tarikh2 ni. Paling tidakpun mereka kena ingat kat mana shopping mall yang tengah sale sekarang ni.

Tarikh 2hb january 1992 adalah hari kami (aku dan isteri aku lah) diijabkabulkan. Setelah ditolak dari 2.1.2009 maknanya sudah 17 tahun rumahtangga kami dibina. Lama tu....macam2 yang kami lalui sepanjang tempoh tersebut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, begitulah rencah dan ragam dalam rumahtangga. Alhamdulillah, segala cubaan, dugaan dan rintangan dapat kami atasi. Dan kami berdoa agar Allah sentiasa memberi rahmat dan memberkati kami sekeluarga dan dipanjangkan jodoh kami hingga keakhir hayat...insyaalah.

Akhirnya sebuah lagu khas buat isteri aku...

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

5 comments:

GigiPalsu said...

Tahniah... dah 17 tahun melayari bahtera kehidupan sebagai sepasang suami isteri. Semoga banyak yang dapat di Kongsikan bersama sama...

Zaki said...

Tima kasih le cik azam, 17 thn kalau aku nak karang cerita lagi panjang nak compare dgn surat resign khairul paka.

aza ni said...

Barakah..Semoga tambah makmur dan berkat.Amin.

Tepi Sungai Batu said...

Selamat....semoga selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.

Zaki said...

Chif & Man,
Thanks,
Inyaalah...alhamdulillah.