Friday, May 22, 2009

Jangan buka Air Cond....


Tolong buka cermin sejurus memasuki kereta anda dan jangan sesekali ON air cond.

Mengikut satu kajian yang telah dibuat, dashboard, sofa dan pewangi dalam kereta anda boleh menghasilkan benzene, sejenis toxin yang boleh menyebabkan kanser. Selain daripada penyebab kanser, ia juga boleh meracuni tulang2, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan yang berulang kali jua boleh menyebabkan leukimia, juga boleh menyebabkan keguguran.

Kandungan benzene yang dibenarkan (acceptable) didalam kawasan tertutup(indoor) ialah 50 mg/sq ft. Sebuah kereka yang diletakkan ditempat parking yang berbumbung dengan cermin tertutup akan menghasilkan dan memerangkap (contain) benzene sekitar 400 ~800 mg/sq ft.
Dan sebuah kereta yang diparking dibawah sinaran matahari dengan cermin tertutup akan menghasilkan dan memerangkap benzene sekitar 2000 ~ 4000 mg/sq ft, 40 kali ganda melebihi tahap yang dibenarkan.
Dan sekiranya anda memasuki kereta dalam keadaan demikian, menutup pintu kereta, start kereta dan air cond. Bererti anda terdedah kepada udara yang mengandungi racun yang tinggi.

Jadi peringatan untuk kita semua, buka pintu dan jendela kereta sebelum memasuki kereta dan biarkan beberapa ketika supaya udara yang beracun itu keluar.



Tuesday, May 19, 2009

Tak tahu apa nak cerita

Cerita Seorang Isteri
Suami: Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cerita Seorang Guru
Seorang guru yang baru mengajar cuba mempraktikan kursus pisikologi yang dipelajarinya
Dia memulakan kelas dengan berkata. "sesiapa yang merasakan dirinya bodoh, silakan berdiri"
Selepas beberapa lama siAiman pun berdiri
Guru itu pun berkata. "apakah awak fikir diri awak bodoh, Aiman"
"Tidak cikgu, dia berkata, tapi saya kesian tengok cikgu berdiri sorang2 kat depan tu"

Cerita seorang Engineer Vs manager
A man is flying in a hot air balloon and realizes he is lost. He reduces height and spots a man down below. He lowers the balloon further and shouts, “Excuse me, can you help me? I promised my friend I would meet him half an hour ago, but I don’t know where I am.”
The man below says, “Yes. You are in a hot air balloon, hovering approximately 30 feet above this field. You are between 40 and 42 degrees North latitude, and between 58 and 60 degrees West longitude.”
“You must be an engineer,” says the balloonist.
“I am,” replies the man. “How did you know?”
“Well,” says the balloonist, “everything you have told me is technically correct, but I have no idea what to make of your information, and the fact is I am still lost.”
The man below says, “You must be a manager.”
“I am,” replies the balloonist, “but how did you know?”
“Well,” says the man, “you don’t know where you are, or where you are going. You have made a promise which you have no idea how to keep, and you expect me to solve your problem. The fact is you are in the exact same position you were in before we met, but now it is somehow my fault.”

Thursday, May 14, 2009

Antara realiti dan fantasi


Dah beberapa kali terkena, buat aku lebih berhati2. Bukan tak nak kaya, semua orang nak kaya lebih2 lagi kalau tak payah kerja. Duduk rumah dapat duit, katanya.
Tapi realitinya bukanlah semudah fantasi. Kalau semudah itu nak dapat duit , sapalah nak kerja teruk2 membanting tulang (bukan curi tulang) macam aku nih.
Masa kat kampung hari tu, aku dikunjungi oleh seorang anak muda berjiwa besar.
"ni bukan MLM, bukan saham internet, bukan skim cepat kaya bang, ini bisnis trading"
"trading ape benda"
"macam abang melabur dalam syarikat ni lah, lepas tu keuntungan akan dibagi terus kepada pelabur"
"berapa nak kena labur"
"ada beberapa pakej, ada 900,1800 dan 3800, Kalau 900 abang akan dapat 100, kalau 1800 dapat 200, kalau 3800 dapat 700 dalam masa 3 bulan"
"emmm"
"tapi kalau abg nak 700 sebulan pun boleh tapi abang kena labur banyak sikit...6900"
"oooooo"
"kalu nak best lagi, abang cari downline, kalau sorang abg dapat 10% = 380, kalau 10 org abang dapat 3800, campur 700 dapatlah 4500 sebulan"
"Fuyoooooo"
"mana nak cari downline ni"
"carilah...kawan2 abg ke , sedara mara ke"
"ooooo"
.
.
.
nak cari downline?
"kak, adik, abang, pak cik.....nak join bisnis tak, dapat untung ribu2..."
"Eh..kak, pak cik nak pergi mana.....tungguuuuuu"
.
.
.
antara realiti dan fantasia
aku masih disini
tak tahu mana nak pergi.......

Wednesday, May 13, 2009

kemana perginya

Antara realiti dan fantasi
ditengah-tengahnya
disitulah aku berdiri
mencari-cari
sesuatu yang tak pasti
tercari-cari
kemana perginya
duit dalam poket aku ni
semalam ada
sekarang dah tak de
masih mencari-cari......

Monday, May 11, 2009

kasihnya ibu


ibuku masih lagi dirawat dihospital ketika aku bertolak balik keJB. Keadaan ibu sudah agak stabil. Tuntutan kerja dan persekolahan anak2 menyebabkan aku tidak boleh berlama menemani ibu. Kepada adikku yang kedua, arif aku serahkan tugas menjaga ibu. Bukan niatku mengabaikan tanggungjawab sebagai anak sulung tapi keadaan tidak mengizinkan. Aku sentiasa berdoa agar tuhan memberikan aku lebih peluang untuk bersama2 ibu dan membalas jasa dan pengorbanannya melahirkan, mendidik dan membesarkan sehingga aku menjadi aku sekarang.

Monday, May 4, 2009

Oh ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahir dan membesarkan..
tiada bahgia jika tiada
doa dan restu
syurga itu ditelapak kaki ibu...

Sedang aku minum petang direstoren sasa, tiba2 lagu itu sayup2 berkumandang. Tiba2 juga hati ini begitu tersentuh, khabar apakah ibuku sekarang. Sudah agak lama aku tidak bertanya khabar. Entahlah, dalam kesibukan urusan dunia yang tak pernah selesai ni, kadang2 aku terlupa bahawa aku masih punya ibu. Jenis anak apakah aku ni.
ampunkan lah aku ibu...

Selang beberapa ketika, aku mendapat panggilan dari ayah. Kata ayah, sudah 3 hari ibu masuk hospital, dikejauhan dalam talian terdengar suara ibu....pulanglah nak!!.
Aku terkedu....tersedu.
ampunkan aku ibu.

Aku akan segera pulang menemuimu....
aku akan cium tanganmu
aku akan memohon ampun darimu.

Monday, April 27, 2009

Kereta murah

Kereta Perodua ini dijual dengan harga yang cukup murah



Tapi kena pasang sendiri


Pakai 'alen key' ni
Do it Yourself