Thursday, May 14, 2009

Antara realiti dan fantasi


Dah beberapa kali terkena, buat aku lebih berhati2. Bukan tak nak kaya, semua orang nak kaya lebih2 lagi kalau tak payah kerja. Duduk rumah dapat duit, katanya.
Tapi realitinya bukanlah semudah fantasi. Kalau semudah itu nak dapat duit , sapalah nak kerja teruk2 membanting tulang (bukan curi tulang) macam aku nih.
Masa kat kampung hari tu, aku dikunjungi oleh seorang anak muda berjiwa besar.
"ni bukan MLM, bukan saham internet, bukan skim cepat kaya bang, ini bisnis trading"
"trading ape benda"
"macam abang melabur dalam syarikat ni lah, lepas tu keuntungan akan dibagi terus kepada pelabur"
"berapa nak kena labur"
"ada beberapa pakej, ada 900,1800 dan 3800, Kalau 900 abang akan dapat 100, kalau 1800 dapat 200, kalau 3800 dapat 700 dalam masa 3 bulan"
"emmm"
"tapi kalau abg nak 700 sebulan pun boleh tapi abang kena labur banyak sikit...6900"
"oooooo"
"kalu nak best lagi, abang cari downline, kalau sorang abg dapat 10% = 380, kalau 10 org abang dapat 3800, campur 700 dapatlah 4500 sebulan"
"Fuyoooooo"
"mana nak cari downline ni"
"carilah...kawan2 abg ke , sedara mara ke"
"ooooo"
.
.
.
nak cari downline?
"kak, adik, abang, pak cik.....nak join bisnis tak, dapat untung ribu2..."
"Eh..kak, pak cik nak pergi mana.....tungguuuuuu"
.
.
.
antara realiti dan fantasia
aku masih disini
tak tahu mana nak pergi.......

5 comments:

aza ni said...

aku nak cakap pun aku pun dah terkena.

Tepi Sungai Batu said...

Ki,
Aku kata JANGAN!!!.

Zaki said...

Chif,
kau kena masa bio spray dulu ke?

Cikgu Man,
Dema kata jage kawe pun tak buat lah. Tak merasa lah kawe jadi ore kayo.

GigiPalsu said...

Jangan ki...
Baik duit tu kau bagi aku...
boleh aku makan mee bandung sebulan...hehehe

Zaki said...

Zam,
habis tu bila aku nak kaya, dia org tu semua dah jadi jutawan, aku tak dapat juta dapat ribuan pun dah OK.

Note: Wah!! sejak dapat geng baru(budak training) ni dah tak pandang lagi kita...