Friday, May 22, 2009

Jangan buka Air Cond....


Tolong buka cermin sejurus memasuki kereta anda dan jangan sesekali ON air cond.

Mengikut satu kajian yang telah dibuat, dashboard, sofa dan pewangi dalam kereta anda boleh menghasilkan benzene, sejenis toxin yang boleh menyebabkan kanser. Selain daripada penyebab kanser, ia juga boleh meracuni tulang2, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan yang berulang kali jua boleh menyebabkan leukimia, juga boleh menyebabkan keguguran.

Kandungan benzene yang dibenarkan (acceptable) didalam kawasan tertutup(indoor) ialah 50 mg/sq ft. Sebuah kereka yang diletakkan ditempat parking yang berbumbung dengan cermin tertutup akan menghasilkan dan memerangkap (contain) benzene sekitar 400 ~800 mg/sq ft.
Dan sebuah kereta yang diparking dibawah sinaran matahari dengan cermin tertutup akan menghasilkan dan memerangkap benzene sekitar 2000 ~ 4000 mg/sq ft, 40 kali ganda melebihi tahap yang dibenarkan.
Dan sekiranya anda memasuki kereta dalam keadaan demikian, menutup pintu kereta, start kereta dan air cond. Bererti anda terdedah kepada udara yang mengandungi racun yang tinggi.

Jadi peringatan untuk kita semua, buka pintu dan jendela kereta sebelum memasuki kereta dan biarkan beberapa ketika supaya udara yang beracun itu keluar.



6 comments:

GigiPalsu said...

Terima kasih, Insaallah lepas ni aku tak bukan ac lagi masa memandu...
Aku pasang kipas siling je la...

aza ni said...

zaki:aku baru nampak kereta tu,kau tukar lagi kete...dasyhat.Alhamdulillah.

Zaki said...

Zam,
aku cadangkan kau beli je kereta yang tak de bumbung.


Chif,
betul tu, malam tadi aku beli, tapi malangnya bangun pagi ni kereta tu dah hilang.....rupanya aku mimpi.

Unknown said...

Terima kasih kerana beri info berguna tu. Kalau tak sampai ke sudah ambe dok tau...

Tepi Sungai Batu said...

Zaki,
Nasib baik lori ambo tak dok ekong.

syurgaidaman said...

panjang akal juga tapi jangan panjang tangan........

nak angkat tak sampai.........