Friday, December 5, 2008

Pergi.....tak kembali

Pagi jumaat yang tenang dikejutkan oleh nyanyian lagu 'saiba' dari talipon aku.

"Haji Khamis masuk ICU, kita orang nak pergi melawat dia, nak ikut tak" suara Azam dihujung talian.
"Eeee...nak.. nak"
"Ok kita akan pergi selepas sembahyang jumaat dengan kereta Syarikat, kita akan ambik kau kat rumah"

Baru tiga hari lepas aku berjumpa dengan Hj Khamis(HjK) di Hospital Penawar (HP), waktu itu dia meminta kebenaran dari HP untuk berpindah ke Hospital Besar Melaka(HBM) dengan alasan keluarganya ada disana. Lagi pun katanya dia tidak puas hati dengan perkhidmatan di HP kerana setelah dua minggu dia disana Doktor masih belum dapat mengesan penyakitnya.

Seperti yang dijanjikan, selepas solat Jumaat Toyota Innova biru sampai didepan rumah aku. Dan bersama dengan Mazlan, Hisham,azam,wan dan mahmud kami bertolak leMelaka. Sampai diMachap, kami mendapat berita keadaan Hjk semakin tenat.

Lebih kurang pukul 6 petang kami sampai keHBM dan terus menuju keICU. Hanya 2 orang yang dibenarkan masuk melawat dalam satu masa. Ketika aku masuk kebilik ICU tersebut, Hjk dalam keadaan yang tidak sedar. Aku memegang tangannya dan cuba untuk bercakap dengannya, tapi tiba2 alarm dekat scrin denyutan jantungnya berbunyi. Jururawat dan Doktor datang dengan tergesa2 dan meminta kami keluar. Selang beberapa ketika Doktor memberitahu bahawa HjK sudah 'tak ada'........... daripadaNya kita datang dan kepadaNya lah kita kembali.

Dari jauh salam diberi
penuh ramah dan kemesraan
gelagatnya sesekali mencuit hati
sering memberi nasihat dan tunjuk ajar
menjadi imam disurau kami
doa yang panjang penuh keinsafan
sesekali menjadi jurulatih pemadam api
mengajar kami yang tak reti-reti
itulah Haji Khamis yang kami kenali
dan kini tiada lagi......

Kehilanganmu pasti terasa
dan yang tinggal hanyalah kenangan
semoga Tuhan mencucuri rahmat keatas rohnya
dan ditempatkan bersama orang yang berimam
dan beramal soleh

Alfatihah untuk arwah
dan takziah untuk keluarganya.

No comments: