Wednesday, December 24, 2008

Good Bye Mr Tiger

Selamat Jalan Tiger
Hari ini kita sampai dipersimpangan,
Mung ke selatan, aku keutara,
arah dan jalan kini dah tak sehala
bumi yang dipijak dah berbeza
walau masih berkongsi langit yang sama

Selamat Jalan kawan
Kalau dah dok tempat orang
pandai2lah jaga diri
kawan2 sini tak leh dah nak tolong
kalau rokok dah habis
pandai2lah beli sendiri
tak leh doh nak mintak rokok free

Selamat jalan Sham
Mung tak dok sunyi lah sini
Tak dok lagilah orang johor cakap t'ganu
tak dok doh suara mung hok kuat tu
dok menyakat habis semua orang

Selamat tinggal sahabat
kita berpisah disini
tapi persahabatan akan kekal abadi
kenangan tetap tersemat dihati


..........buat Sham Tiger yang akan berhijrah keArab Saudi.......

3 comments:

manlaksam said...

Ki,
Pandai jugak demo buat sajak, boleh lawan Fudzail nih.

Zaki said...

kawe setakat sajak jalanang boleh la,fudzail tu sajak antarabangsa.

姜堰23张 said...
This comment has been removed by a blog administrator.