Thursday, December 18, 2008

Cerita seram Balik Kampung

Bagi perantau seperti aku, balik kampung adalah saat2 yang dinanti. Begitu jugalah dengan isteri dan anak2. Tapi disebabkan jarak yang agak jauh dan kesibukan dengan tugas2 seharian maka dalam setahun cuma sekali dua saja aku bekesempatan untuk balik kampung. Perasaan bersalah memang terasa kerana begitu jarang aku menjenguk kedua ibubapa.

Dari PG ke PP jaraknya hampir 700km dan masa perjalanan kadang-kala mencecah 12 jam, itupun kerana selalu berhenti macam Bas Ting Tong. Sekejap nak makan, sekejap nak buang air, sekejap nak beli air…

Selalunya aku lebih suka memandu pada waktu siang hari, walaupun cuaca panas tapi rasanya lebih selamat. Tapi kalau ada kes2 kecemasan, terpaksa jugalah aku meredah kegelapan malam. Biasanya perkara yang paling ditakuti bila memandu diwaktu malam ialah kereta rosak ditengah jalan yang sunyi sepi dihutan tebal…..dan itulah yang pernah aku lalui kira2 dua tahu lepas….ini adalah kisah benar dan sesuai dibaca ditenggah malam ……besendirian…ceng!ceng!!!

Masa tengah kerja shift petang, aku dapat panggilan dari kampung memberitahu bahawa nenek aku meninggal dunia. Jadi selepas balik kerja pukul 11 malam, kami bersiap sedia lebih kurang dan terus bertolak dari PG lebih kurang pukul 12 malam. Kami sampai kebandar Segamat lebih kurang pukul 3 pagi. Dibandar segamat aku berehat sekejap sambil meninjau kenderaan yang melalui jalan Segamat-Muazam-Kuantan. Lansung tidak kelihatan kereta yang melaui jalan itu cuma ada sebuah dua lori saja. Perasaan aku berbelah bagi kerana aku bakal melalui kawasan hutan sejauh 140 km sebelum sampai keKuantan. Tapi disebabkan keinginan untuk menatap wajah arwah nenek buat kali terakhir, aku kuatkan semangat dan teruskan perjalanan.

Jalan raya yang sunyi sepi dan diselubungi pokok2 besar dikiri dan kanan memang mencabar keberanian aku yang sedikit ini. Kalau diperhatikan dikiri dan kanan jalan memang bermacam2 gambaran yang keluar. Tanpa memperdulikan semua itu aku terus fokus memandu sehinggalah pada suatu tempat aku ternampak ‘satu lembaga’ ditepi jalan. Tanpa memberitahu isteriku aku dan dengan keberanian aku yang tinggal sejemput itu aku terus memandu……..

Selang beberapa ketika aku perasan sesuatu yang aneh pada kereta aku………..
(bersambung)

3 comments:

maklang said...

takut gak ni...

eh..eh...mana gambar kek holiday Inn tu??

Zaki said...

Mak Lang oii, saya tak buat kek, saya makan kek je. Isteri saya yang buat kek tu...sedappp. Kalau nak rasa tengok lah blog dia...di mawar merah@blogspot.

AZANI said...

bila nak sambung bang....lama dah tunggu...