Saturday, December 20, 2008

Cerita seram balik kampung(sambungan)

Selang beberapa ketika aku perasan sesuatu yang aneh pada kereta aku………..Lampu kereta aku semakin malap, diikuti oleh signal brek dan bateri ‘low’ tiba-tiba muncul.
Aku segera menyusurkan kereta aku ketepi jalan dan tiba2 injin kereta aku mati.
Aku tak pasti kat mana aku berhenti kerana keadaan yang gelap gelita.

Isteri dan anak2 aku diam tak terkata. Aku cuba menghidupkan balik kereta aku tapi tak berjaya. Nak keluar dari kereta takut!. Pukul 4 pagi ditenggah2 hutan begitu seribu kemungkinan boleh terjadi, binatang buas, perompak, lembaga tu!........

Dalam keadaan yang buntu itu tiba2 aku terpandang……….handphone aku la, nasib baik ada line. Jadi aku terus talipon Control Room, tempat yang paling mudah untuk aku rujuk diwaktu-waktu begini. Rafi yang bertugas ketika itu kebetulan juga agen insuran kereta aku. Melalui syarikat insuran,kereta tunda dihubungi, tapi malangnya mereka hanya akan datang bila hari siang . Ini bermakna kami terpaksa menunggu didalam kegelapan malam yang menyeramkan ini.

Detik yang berlalu terasa begitu lambat, anak2 aku sudah kepanasan didalam kereta. Nak buka cermin kereta takut pulak. Semua ayat2 suci yang teringat kami baca. Kami memohon dan berserah kepada Allah.

Akhirnya matahari memancarkan sinarnya. Lega dan syukur kerana kami semua selamat. Kira2 pukul 6 pagi kereta tunda sampai dan kami ditunda keBandar Segamat. Setelah kereta diperiksa didapati ‘battery alternator’ rosak, macamana tiba2 rosak?
Setelah siap kereta diperbaiki aku meneruskan perjalanan kePP walaupun aku tahu aku tak sempat lagi untuk menatap wajah arwah neneku.

Setelah hampir sampai diKampung, tiba2 isteriku bertanya.
“Abah nampak tak apa yang mama nampak malam tu”
“Ya lah Aidil pun nampak” anak aku menyampuk
“Syyy tak yah cerita lagi, kit dah selamat dah la” kataku menutup cerita.

2 comments:

Azam said...

Aku raza kau patut buat skrip cita ni, pas tu hantar kat Devid Teo gerenti meletup cerita kau...seramla..

Zaki said...

seram ke, anak aku cakap tak seram pun, kelakar ada lah.