Thursday, August 27, 2009

Penat berpuasa



Penat betullah puasa tahun ni. Hari ni hari ke7 kita berpuasa....maknanya dah 7 hari aku tak puasa.

Tuesday, August 25, 2009

Dihimpit dua wanita

Malam tadi aku dihimpit oleh dua wanita, bukan dalam mimpi tapi dialam realiti.
Seorang daripada PGC (Petronas) segamat, sorang lagi dari NLDC (TNB) KL. Makcik dari Petronas ni suruh aku shutdown plant aku pasal gas pressure low dan yang makcik dari TNB pulak tak bagi aku shutdown.

Macammana tah makcik2 ni boleh kerja shift malam?

Akhir sekali aku consulted bos aku...
katanya dengan penuh semangat kesukanan.
"kau buat bodoh je"

Monday, August 24, 2009

Bendera

dah dekat 31 ogos dah ni,
tapi tak nampak pun bendera malaysia berkibaran
kat rumah maupun kat kereta

kenapa ye?
kata orang
rakyat malaysia tak de semangat patriotik
tak sayangkan negara
tak cintakan tanahair

betul ke
wahai bapak2 menteri
kalau ye
kenapa?

Wednesday, August 19, 2009

Mama...cepatlah sembuh.

Pesan Mama,
baju sekolah anak2 yang color putih tu rendam dulu
lepas tu basuhlah sekali dengan yang lain2
lepas siap terus jemur
kain yang bersidai tu kalu rajin lipatkan
jangan lupa gosok baju sekolah anak2
kemudian kain baju yang lain2 tu basuhkan.....

hahhhh...ini baru bisnis kain baju..
mama...cepatlah sembuh!

Pesan mama lagi.....
pagi2 jangan lupa kejutkan anak2
suruh dia orang mandi
sediakan sarapan pagi
jangan lupa beli roti kalau dah habis
makan tengahari belilah nasi bungkus
makan malam pun nasi bungkus jugak....

mama...cepatlah sembuh

siAisy pulak,
isikan susu dalam bekas sebelum naik tidur
jangan lupa isi air panas sekali
mandikan
pakaikan lampin
buat susu

dia dah perasan mama dia tak de
kehulu kehilir cari ibunya
dah tak jumpa meragamlah pulak...

ya Allah kau sembuhlah isteri aku SEGERA!!
aisy & aidil menemani ibu mereka kat Hospital

Monday, August 17, 2009

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang

Tips-tipsnya seperti berikut :

1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran

2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita

3. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang

4. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin

5. Mempastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang

6. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih

7. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

8. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir

9. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

10. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat

11. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu

12. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

13. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya

14. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih

Renung-renungkan dan selamat beramal!-- -

BawangGoreng -http://bawangorengn et.blogspot. com/

Wednesday, August 12, 2009

Jintan Manis, Kurma dan Air kelapa

Selain daripada langkah2 pencegahan yang diarahkan oleh kerajaan dalam membendung merebaknya virus H1N1 yang semakin membimbangkan ini, disini ada beberapa kaedah traditional atau alternatif lain dalam usaha kita mencegah penyakit ini.

Tak salah kalau kita mencuba, kerana mencegah lebih baik dari mengubat.
Pertama: Jintan Manis

Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah .


Kedua: Buah Kurma dengan Air Kelapa

bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk
cara2nya
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Kedua2 kaedah ini diceduk dari laman web:
http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/

Tuesday, August 11, 2009

ulasan 'kacang lupakan kulit'

kalau kita bertolak ansur
kalau kita lemah lembut
kalau kita menghormati orang lain
kalau kita jujur
bukan maknanya kita lurus bendul
bukan maknanya kita bodoh
bukan maknanya kita lemah
bukan bermakan orang boleh sesuka hati menindas kita

kerana sikap itulah
negara kita tak huru hara macam tempat lain
negara kita masih aman damai
tenteram
bebas

kalau inginkan kedamaian ini berterusan
hormatilah kami
hargailah sikap tolak ansur kami.....