"saya ada tengok blog abg"
ye ke hehehe....rupanya ada juga budak kg aku yg terperasan blog aku ni. Eh apa yang aku tulis ek!,risau jugak takut ada tulisan aku yang ter-merapu dan ter meraban. Maklumlah tulisan aku ni bukan ada format dan skop pun. Aku tulis je apa yang aku suka tulis.Cuma pasal politik je belum lagi aku tulis, bukan tak ikut perkembangan politik tapi aku ni emosional sangat, takut tak boleh kontrol..
Balik kampung cuma seminggu je walaupun aku bercuti selama 3 minggu. Jangan terkejut kerana cuti aku masih ada balance 60 hari lagi. Lama betul aku tak bekesempatan balik kg masa raya haji,dapat juga aku turut serta majlis korban. Pada aku raya haji kat kelantan sekarang dah tak semeriah macam dulu2, biasa je...lebih kurang dgn suasana raya haji kat johor ni.Amalan kunjung mengunjungi pun dah kurang.
Balik kePG terus kePuspatri. Kena mengajar subjet Maintainance management untuk student yang ambik kursus Industrial and technologi management.Mereka ni sedang mengikuti skim latihan semula siswazah disini. Mereka yang seramai 27 org terdiri daripada berbagai background, ada mekanikal, ada electrikal, seni bina....akaun pun ada, tu yang susah sikit tu. Terbelit2 lidah aku explain...harap2 mereka faham la.
7 comments:
Ingatkan dah tutup kedai dah....hehehe.
tahniah...blog mu dah terkenal...
Pak man,
belum tutup kedai lagi....baru tutup lampu, biar gelap sikit.
Chif,
susah jugak kalau jadi terkenal ni...macam artis2 tu.
nanti mesti sekampung baca blog abg..hheheh
mmg bersawang pon.. ehehe.. salam singgah dari ku.. =)
Kau balik kg ke, kau mengajar ke, kau dah terkenal ke ... Aku tak hairan. Apa yang aku hairan macammana cuti kau ada 60 hari, kau tak reti nak bercuti ke?
Aku ada 3.5 hari je lagi....
~O~,
org kg pun sekarang dah berinternet,tak deembang kat kedai kopi lagi.
JTG,
hati2 masuk, banyak jerangkap samar.
Zam,
Kau pun tahu, aku kerja 4 hari kemudian off 4 hari, jadi buat apa aku nak ambik cuti lagi.
Aku simpan untuk bagi notis nanti....
Post a Comment