Monday, June 15, 2009

Farewell Mr Kho


Farewell lagi.....kali ini untuk Mr Kho Su Chuan (kho), bos aku,operation Manager, orang no 2 kat YTL Pasir Gudang selepas Station manager.
Kho akan berhijrah ke Australia. Kata kho dia berpindah bukan kerana duit atau pangkat tetapi kerana keluarga dan 'quality of life'.
Aku kurang faham makna quality of life yang dimaksudkan oleh kho, tapi pasal keluarganya kita orang semua tahu bahawa isteri dan anak2nya sudahpun berhijrah keAustralia, jadi kho pun mahu menyusuli mereka kesana.


Selama ini setiap tahun Kho akan membuat penilaian prestasi kerja (Performance appraisal) aku untuk bonus dan kenaikan gaji, kali ini biar aku pulak membuat penilaian tentang dirinya:
1. Job Knowledge - 9/10
2. Skill - 9/10
3.Communication - 9/10
4. Team work -9/10
5. Safety -9/10
Purata markah kho ialah 90% berbanding dengan markah aku sekitar 70% je.
Kho bagi aku seorang bos yang sangat baik, memang sukar untuk mencari orang sepertinya.
Semoga Kho mendapat balik keluarganya dan quality of life yang dicarinya.



Gambar diatas tak ada kena mengena dengan Kho, sebab Kho pergi keAutralia menaiki kapal terbang bukan dengan sampan. Gambar ni aku rakamkan semasa merayap2 dimuar semalam.

7 comments:

aza ni said...

ini ke sebab nak ke arab sudi ni?

pB said...

Rasanyor gha'ma doh orghe dok g berhijroh ke negaro orghe putih ...

Tepi Sungai Batu said...

Berbanggalah dengan negara kelahiran kita.
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku..........

GigiPalsu said...

Ye la ki, kho tu memang baik, tak pernah dia cakap tinggi suara dengan aku, walaupun aku buat silap. Tak tau la nanti penganti nya Mr Kanan kiri tu... harap2 sama yek...
Ada hikmah disebalik yusri tak mau ambik kerja dia, so OE sekarang terbuka luas...
Dan calon yang layak kau la ki 90% gitu.....

aza ni said...

aku up jadi 100% layak ki,go ki go...

Zaki said...

Azani,
tu la chif, risau jugak aku, lepas sorang2 tingaalkan ytl, lama2 tinggal aku dengan kak lat tukang sapu tu je.


pB,
kang best dok negaro ore putih ni, sejukkkk je.


Pakman,
Kawe setuju tu, malaysia tetap no 1, kecuali terpaksa!



Azam & Chif,
bukan masaalah layak ke tak layak, tanggungjawab bertambah tapi gaji tak bertambah.
Lagipun aku suka dgn kerja aku sekarang.

Unknown said...

Hi Zaki,
I am Su Chuan uni-mate at UTM and would appreciate that you can help me with getting his email/ contact. Or you may ask him to drop me a email at jkhoo62@yahoo.com

Thanks.