Friday, June 12, 2009

Back to nature








Alangkah bagusnya kalau sesekali dapat melarikan diri dari suasana bandar yang hiruk pikok, panas dan bejelebu macam sekarang ni. Berendam dikolam air terjun yang dingin lagi mengigilkan gigi2. Menghirup udara segar dan nyaman. Suara burung dan cengkerik sahut menyahut bersama tiupan angin bersepoi2....
Setiap kali bila balik kampung, kami akan singgah kat air terjun Jeram Pasu ni. Walaupun tak seGah macam pusat2 peranginan yang lain,tapi ia tetap menjadi pilihan kami sekeluarga.

Berikut adalah sedikit info pasal Jeram Pasu,
Jeram Pasu terletak di Kampung Padang Pak Amat, di dalam Jajahan Pasir Puteh, kira-kira 35 km di selatan Kota Bharu. Airnya yang jernih, sejuk serta nyaman sememangnya menjadikan ia tempat rekreasi dan riadah yang popular di kalangan pengunjung. Jeram Pasu merupakan kawasan air terjun pertama di Kelantan yang menyediakan tempat berteduh serta kemudahan lain. Beberapa kolam serta gelongsor telah dibina berhampiran air terjun. Pihak berkuasa juga telah menyediakan tapak khemah untuk pengunjung yang ingin bermalam. Segala kemudahan telah diadakan bagi keselesaan pengunjung berkelah.

3 comments:

AZANI said...

jeram pasu nantikan kedatangan kami,InsyaAllah.

GigiPalsu said...

Seronoknya kalau kau dapat bawa balik jeram pasu ni untuk dijadikan buah tangan kekawan...

Zaki said...

Chif & Azam,
insyaalah suatu hari nanti aku akan jemput kau org semua kekg aku dan menikmati kedinginan air terjun jeram pasu.