Sunday, March 29, 2009

Bukan yuran tapi sumbangan

Semalam aku kesekolah Aiman untuk mengambil buku rekod, berbincang dengan guru kelasnya dan membayar yuran persekolahan untuk tahun ini. Aku kurang pasti mengapa yuran persekolahan kena bayar sekarang bukannya diawal tahun seperti biasa.

Keputusan peperikasaan Aiman macam biasa. Macam dulu2 jugak. Dia cuma maintain kedudukannya dalam kelas berada ditenggah2.
Aiman tak kesah…
Dah form 2 pun masih macam ni jugak, sekali suruh belajar, baru dia nak buka buku..
Aiman tak kesah…
Dah penat abah dan mama nak ingatkan aiman selalu, aiman dah besar fikirlah sendiri..
Aiman tak kesah……tapi abah dan mama yang tensionnnn.


"sumbangan persekolahan untuk tahun ni ialah RM130" kata guru kelas aiman yang sangat peramah.
"Sumbangan ke yuran" tanya aku
"sekarang dia panggil sumbangan" kata cikgu
"kalau sumbangan kira macam derma lah, nak bayar boleh, tak bayar pun boleh"tanya aku pulak.
"eh..tak, kena bayar, sama macam yuran jugak"
"habis kenapa tukar nama"
"ini arahan kementerian"
"oooooo"

Akhirnya kementerian pelajaran berjaya mengurangkan……bukan yuran tapi tekanan perasaan ibubapa dengan menukarkan perkataan yuran kepada sumbangan.
Syabas.

Friday, March 27, 2009

Dah tak bocor

444 cantik nombor ni kalau buat plet kereta. Tapi dalam beberapa hari ni, nombor 444 ni yang buat aku tension. RM444, itulah yang tertera kat bil air aku bulan ni, biasanya bil air aku tak sampai pun seratus. Kalau kat plant aku, kalau water consumption naik macam ni, pasti boss aku sikho tu, terus lompat naik atas meja.

Aku panggil le SAJ datang rumah...dia orang cakap paip rumah aku bocor.
Fobia betul lah aku dengar perkataan bocor ni.

"encik kena panggil plumber untuk repair paip ni"
"saya kena repair sendiri ke"
"ialah sebab paip yang mungkin bocor tu selepas meter"
"bil yang 444 tu macam mana"
"encik kena bayar le"
"kalau tak bayar tak boleh ke"
"eh..tak boleh"

Bil kena bayar, paip kena repair....
lepas ni apa lagi yang bocor

Petang nya aku pergi check kereta aku yang bergoyang semacam je
"tayar kereta encik ni makan dalam, dah teruk ni"
"eh..keta saya ni baru je setahun lebih"
"mungkin alignment tak betul ni"
"habis macam mana"
"kena tukar tayar la, kalau tak bahaya ni"
hehehe...tayar kereta aku tak bocor
tapi poket aku lagi yang bocorrrrrrr.

Tuesday, March 24, 2009

Che Leman melawat kelantan

"bang, pasar siti khatijah kat mana ahh"
"kau sekarang kat mana Man"
"kat Pasar Besar"
"sama la tu man"


kesian Man, meredah KB sorang2(sekeluarga). Janji hari tu nak bertolak ke kelantan pada hari yang sama, tapi cuti aku tak approve, jadi Leman bertolak hari sabtu, aku lak balik pada hari isnin.


"masa aku pegi pengkalan kubur, aku cakap kelate, dia orang semua gelakkan aku" cerita leman, kawan dan jiran sebelah rumah aku kat PG.


Masa aku introduce nasi berlauk untuk sarapan pagi, confuse jugak leman. mana ada kat johor orang makan nasik pagi2. Lepas try sebungkus nasi berlauk ikan aya, nak tambah lagi sebungkus.



Man sekeluarga sempat melawat tapak rumah baru kami.


Rumah ditenggah sawah ni dah hampir nak siap

Monday, March 23, 2009

Lima perkara yang kita perlukan

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل 1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين 2:duit yang banyak
3- صحة قوية 3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية 5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
: kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat
Semoga mendapat manfaat.

Saturday, March 14, 2009

Datang dan pergi


Datang dan pergi silih berganti selagi hidup belum berhenti…….



Yang datang


Zali menerima kedatangan menantu sulung hari ni
Terkejut jugak masa terima kat jemputan hari tu, Zali rakan sekerja yang sebaya aku dah nak dapat menantu. Maknanya kami ni dah masuk fasa baru, tapi perangai masih macam ni jugak. Masih dok hoha hoha lagi.
Selamat pengantin baru untuk anak zali dan selamat menyambut menantu untuk zali. Semoga bahagia berkekalan hendaknya



Yang pergi


Mat akan pindah keKL. Dia terima tawaran kerja dengan syarikat perkapalan tu. Mat orang KL, sebab tu lah dia terima tawaran tu. Dapat balik kampung.
Mat ialah senior aku masa ambik Marine kat PUO dulu dan kemudian sama2 sambung belajar kat SPACE. Banyak kenangan kami bersama setelah lebih 10 tahun berkawan dan menetap ditaman perumahan yang berdekatan. Isteri mat juga dah jadi kawan baik isteri aku, begitu juga dengan anak2.
Mat datang rumah aku hari ni untuk mengucapkan salam perpisahan, berpelukanlah isteri aku dan isteri mat. Sedih jugak…entah bila kami akan berjumpa lagi.
Apapun selamat berjaya untuk mat dan semoga Allah meredhai perjalanan hidup kita.


Yang balik


Aku le
Balik kampung
Seminggu je.

Thursday, March 12, 2009

Best CV in the world

First Name: Ah Beng
Family Name: Ah Too, Ah Niu, Ah Kow, Ah Xiong, next year add Ah Hwey
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sony
IC Number: which one? 0 until 9 also got
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: N95
Address: I am boy boy, my sister got more dress
City : Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: Singapore or Malaysia also can
Marriage status: Secret
Email Address: Starbucks, Cybercafe not so good but the waitress dress hotter
Education Background: Haha you trick me ar? Playground got.
Working experience: Last time sell pirated VCD
Father's name: Lau Pek
Father's IC: You ask him
Mother's name: Lau Boh
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: My sister pregnant also you pay ar
When can start work: I work long time already
Highest qualification: Ya, the kuali hang up at the window
Grade: Ya, very high
College/University: My college all like to sit in pantry and gossip
Signature: Can I use thumb?

Monday, March 9, 2009

Muzakarah Ulamak - Syiah

SYIAH: Kesannya terhadap masa depan Islam.

Video ini adalah siri pertama daripada 21 siri, sesiapa yang berminat untuk mendengar lanjutan ceramah/muzakarah ini bolehlah melihatnya di youtube, klik ustaz Mohd Asri Yusoff

Saturday, March 7, 2009