Friday, July 8, 2011

Salam dari Hail 2

Dah lebih 2 minggu aku diHail, Saudi Arabia ni, cuma sekali aku bekempatan kebandarnya, itupun waktu malam. Sempat juga aku membeli sehelai jubah untuk aku menunaikan Solat jumaat. Cuaca yang panas dan kering ni menyebabkan pergerakan ku agak terbatas. Kalau ingin membeli sesuatu aku akan kesebuah kedai runcit yang berhampiran hotel penginapan ku. Pemiliknya seorang rakyat Afganistan, mula2 kelihatan garang dan sombong tapi bila kami dah berkenalan, dia kini amat peramah. malah dia mengajak aku mengikuti jemaah tabligh bila siap project aku disini. Aku bagi alasan sibuk bekerja....katanya kerja tak akan habis sehingga kita mati, carilah ruang untuk kita beribadat...memang betul kata2nya.

Bersebelahan dengan kedainya ialah kedai kecil milik adiknya yang menjual roti tempayan. Besar rotinya dan agak keras dibandingkan dengan roti tempayan terangganu kita. Harganya 50 halala (lebih kurang 40 sen duit malaysia), kalau makan sorang pun tak habis.

inilah kawan baru aku dari afghanistan tu, didapur tempat dia buat roti tempayan


dan Roti tempayan yang berharga 50 halala tu, sampai lengguh gusi aku mengunyah tak habis2 jugak


Bercakap tentang makanan, inilah yang menjadi masaalah aku disini. Maklumlah lidah orang kampung, kalau makan makanan yang pelik2 ni sekali makan bolehlah, masuk tiga empat kali dah tak boleh nak telan dah. Tapi kalau makan nasi dgn ikan tongkol singam tu, kalau makan hari2 pun agaknya setahun  ok lagi. Teringat  masakan isteri aku....dah sedihlah pulak.

Nasib baiklah sarapan pagi disediakan kat Hotel tu, tapi masaalah juga, dah 15 hari aku menginap kat situ, makanan yang sama je yang dihidangkan setiap hari,chefnya dari Mesir, tapi kepakarannya setakat omelet, hari2 tu je yang aku order kat dia.



                         entah apa nama sajian yang dihidangkan setiap hari kat hotel ni, telan jelah selagi mampu


Kat tempat kerja aku ni ada sebuah restoren, kat sinilah hari-hari aku beli makanan, mula2 aku tak tahu nak beli apa, jadi aku ajak driver aku tu jadi jurubahasa. Almaklumlah kat sini mana org arab ni nak cakap inggeris, tempat kita je diagung2 kan sangat. Boleh hidup senang lenang jugak mereka ni.

inilah wajah restoren yang aku maksudkan, lupa pulak nak ambik gambar dalamnya, memang unik sikit tempat makannya


Set ayam dan nasi beriani ni dipanggil 'kap sa'. Harganya 14 rial (RM12). Nasi beriani nya boleh dimakan 4 orang. aku makan 2 kali pun tak habis...

Ini pula dipanggil chicken dikka, harganya 12 rial (RM10), ayam yg dipanggang macam satay dimakan dengan roti ape ekk....tak tau nama lah pulak.

Aku dah memohon untuk pindah keapartment, kalau dapat senanglah sikit, boleh masak, banyak perasa makanan segera yang isteri aku bekalkan tu.....macam2 ada, cuma tak tau reti buat ke tak.

4 comments:

Unknown said...

cam best je bang....

Anonymous said...

assalamulaikum...

wahhh menu baru tu..cam sedap je tengok ayam dia...takkan nak sedih lagi kot...makan sedap, dok hotel lagi tu...huhuhu,klu abahnya sedih kita orang kat sini lagi sedih tau...

nanti dak pindah apartmen..masak nasi goreng atau apa2 perencah yg dibawa tu...kan dah ajar mcm mana nak buat...tak pun leh ym nnt...

Zaki said...

Jedi,
yelah...best (buat gaya ahmad nisfu)

Mama,
sedang belajar masak air ni, entah masak ke tidak.

GigiPalsu said...

Kau buka la blog bini kau kan banyak resepi, buat la dua tiga hidangan jemput pak arab makan...

So balik ni boleh la keluar 3 hari dgn jemaah tabligh tempatan...