Tuesday, August 2, 2011

Salam dari Hail 3 - umrah

Melihat dari situasi kerja yang sentisa sibuk dan jarak yang jauh antara tempat kerja aku, Ha'il dengan Mekah membuatkan aku terfikir agak mustahil untuk aku keMekah menunaikan Umrah. Lalu aku pun berserah kepada Allah, keinginan dan usaha telah aku laksanakan, penentu hanyalah atas kehendakNya.

Dan diatas kehendakNya, bila saja Commisioning Manager mengatakan tugas aku akan selesai minggu depan, terus aku memohon cuti. Heran si CM, awak balik cuti kat Msia lah katanya, No i want go to Mekah,kataku  tekad dan yakin

Setelahcuti aku dan Harun diluluskan kami pun merancang perjalanan. Kami membeli tiket bas keMadinah pukul 10 malam. Berurusan dinegara Arab ni agak rumit sebab disebabkan komunikasi, mereka langsung tak tahu bahasa inggeris walaupun kerja dikaunter. Jadi kami main agak2 jelah, naik bas.....harap2 sampailah keMadinah. Dari Hail keMadinah lebihkurang 600Km, jadi menjelang subuh ( 4 pagi) kami Sampai Kemadinah. Suasana masih gelap, kata Harun, kita solat subuh dulu, kemudian makan sikit dan terus kemekah. Dalam dok mencari2 surau tu, kami perasan orang berduyun2 keluar dari segenap ceruk bangunan menuju kesatu arah, jadi kami pun ikutlah. Akhirnya sampailah kesebuah masjid yang besar, terdetik dalam hati aku, macam pernah tengok masjid ni, tapi dimana ye, tanya harun pun dia tak tahu.

Ramai betul orang sembahyang subuh disini, berganda2 jumlahnya berbanding dengan jemmah solat jumaat kat masjid jamek Pasir Gudang.
Rupanya orang kesini mencari pahala seribu kali ganda daripada sembahyang ditempat lain, subhanallah, aku sampai dimasjid nabi (masjid nabawi) rupanya.

                                                   Subuh diMasjid Nabawi - Madinah
Setelah selesai solat subuh kami bergegas kehentian teksi untuk meneruskan perjalanan ke Mekah, dalam hati ku bertekad untuk kembali lagi kesini jika diizinkan Allah.
Kami kemekah dengan menaiki teksi kerana  perlu singgah diMiqat untuk berihram. Perjalanan dari Madinah Miqatnya ialah di Bi'r Ali.


                                                                BerIhram dimiqat -  Bi'r Ali

Sepanjang perjalanan dari Madianah ke Mekah dikiri kanan dihiasi padang pasir dan bukit yang kering kontang, kalau nampah ada sebatang pokok rasa seronok sangat nak tengok, bertuahnya kita kat msia. Tapi Tuhan itu adil, walaupun kering kontang negeri ni, dikurniakan minyak agar kehidupan terus berlangsung.



Jarak dari Madinah ke Mekah sejauh 400Km, dengan keadaan lebuhraya tiga lorong yang lurus dan cantik juga tidak bertol ( bertuahnya kita kat msia), driver tu bawa kereta 180 selamba je, 3 jam kami dah sampai.

Tanpa membuang masa kami pun menunaikan ibadat umrah sehingga selesai, alhamdulillah3 Tuhan tunaikan permohonanku....sentiasa, cuma aku yang tak pernah bersyukur, masih belum mampu jadi umat terbaikmu, .masih selalu abaikan suruhanmu.yaAllah......berjujuran air mataku tahkala syujud mengadap Kaabah . Biarlah selama mana bertahannya keinsafan ini, yang pasti hatiku benar2 luluh ketika itu.
         saie - bukit safa


Tekad dan doaku semoga aku sekeluarga akan kembali lagi kesini.

                                                               Diluar Masjidil Haram

Selesai umrah kami bergegas ke Madinah kerana kesuntukan masa, kami perlu berada diMadinah sebelum pukul 10, kalau tak terlepas lah bas terakhir ke Hail. Alhamdulillah, kali ini perjalanan kami lagi cepat, driver tu pecut 200km/j. Jadi sempatlah sekali lagi mengunjungi Masjid Nabawi dan bersembahyang Magrib dan isya disana, seperti biasa masjid ni penuh dgn jemaah......bertuahlah orang yg tinggal disekitar sini, dia solat sekali sama pahala dgn kita solat 1000 kali.


                                                            Magrib di Masjid Nabawi

Sekitar masjid ni juga ramai orang berjualan, macam2 ada, memang meriah, kat sini pun ramai penjual yang boleh berbahasa melayu.Sempat juga aku membeli jubah untuk isteriku juga sedikit buah tangan. Insyaalllah jika ada peluang pasti akan kembali lagi kesini.

4 comments:

Pak Man laksam said...

Zaki,
Bila tengok gambar-gambar tu, rasa rindu nak ke sana membuak-buak.
Mu sungguh bertuah.....Allah beri peluang dua dalam satu.

Zaki said...

Alhamdulillah..
insyaalah kalau ada rezeki dapatlah lagi kita kesana.

pB said...

seronoknya ...

jedi said...

syukur...

teringin nak jejak kaki ke sana bersama ma abah...