Tuesday, July 5, 2011

Salam dari Hail 1

Dah Hampir 2 minggu aku menapak dibumi para ambia ini, menghirup udara panas dan kering hingga mencederakan organ hidungku, begitu juga kulitku. Inilah sebahagian dari cabaran yg perlu aku tempuhi sepanjang berada disini. Terkadang aku terfikir bagaimana boleh ada kehidupan dibumi yang kering kontang ni, namun itulah kuasa Allah....dikurniakan minyak agar kehidupan boleh dteruskan disini.


Tarikh 21 jun 2011 aku bertolak meninggalkan Pasir Gudang dengan berat hati, risau kerana pertama kali aku meninggakan keluarga dalam jangka masa yang agak lama, bagaimana agaknya isteriku dapat menguruskan keluaraga sendirian, kesian juga dengan Aisy yang pasti tidak faham kemana tiba2 abahnya menghilang. Tapi kerana tuntutan kehidupan, cabaran ini terpaksa ditempuhi juga.

22 Jun 2011 setelah lebih sehari perjalanan, akhirnya akan sampai dilapangan terbang Hail, disambut oleh seseorang yang membawa banner ‘Siemens’. Aku sampai hotel penginapan pada pukul 9.30 malam. Perkara pertama yang aku selidiki ialah internet line, Alhamdulillah…kena inilah penghubung aku dengan keluargaku. Dengan kecangihan teknologi, walaupun berada beribu batu namun aku dapat melihat keluargaku setiap hari.



Golden Tulip Hotel....tempat penginapanku sepanjang berada diBumi Arab ini.

Hail ialah sebuah daerah ditengah Saudi, dikelilingi Padang Pasir,katanya disini kawasan pertanian, tapi aku belum lagi nampak kawasan pertaniannya, yang ada ialah tanah , bukit  dan gunung yang kering kontang.





5 comments:

pB said...

salam


lama ker kat sana???

Zaki said...

waalaikumusallam

minimun 2 bulan, max nya tak tahu, sampai siap projeknya.

Tepi Sungai Batu said...

Zaki,
Hail tu berapa Km dari Mekah?
Kalau tak jauh, hari minggu boleh la gi buat umrah,,,,,,,,

Zaki said...

hj Pm,
jaraknya lebih kurang 800km, memang dalam perancangan tu, insyaallah dengan izinnya sampailah sya kesana.

GigiPalsu said...

2 bulan atas kertas, rasa2 lebih kot... sabar je la, kau balik nanti mesti blh cakab Arab, blh la ajar aku...