Tuesday, June 1, 2010

El-Suraya - Walaupun kita akan berpisah

5 comments:

Pak Man laksam said...

Zaki,
Hampir 2 bulan tak dak cerita.....ingat kan ada masalah apa. Sihat ke?.

Zaki said...

Man,
alhamdullilah...kawe sihat walafiat. Lagu ni saja kawe selitkan sekadar melayan perasaan dalam mengenang arwah ibu kawe yang baru meninggal...

Anonymous said...

Zaki, takziah daripada saya dBrunei buat awak dan keluarga kerana baru saja kehilangan bonda yang tersayang. Memang terlalu perit dan sedih apabila orang yang kita sayangi meninggalkan kita, namun hukum alam telah menentukan semuanya bahawa yang hidup pasti akan mati, dan kita terima saja ianya sbagai satu dugaan buat kita.

Banyakkan bersabar dan berdoa. Saya mendoakan semoga roh allahyarhamah akan dicucuri rahmat dan tergolong bersama golongan ahli - ahli syurga Amin.....!

Banyakkan bersabar ye...!


Daripada:
Aidilfiqh2772

Zaki said...

Aidil,
terimakasih atas ucapan takziah dan nasihat dari anda, saya amat menghargainya.

saya seolah masih bermimpi, bahawa ibu yang dikasihi tiada lagi.

Anonymous said...

Sememangnya itulah yang pernah saya alami 2 tahun yang lalu. Ibu saya meninggalkan saya ketika sebulan saja lagi saya melangsungkan perkahwinan, cubalah zaki bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu? Perasaan saya hancur dan terlalu susah untuk menerima hakikat bahawa ibu sudah tiada.

Semasa hari pernikahan dan persandingan saya, saya merasakan kesuraman pada hari bahagia saya itu, kerana saya benar mengharap ibu akan berada disamping saya semasa hari persandingan saya tersebut nyatanya beliau tiada disamping saya.

Kehilangan ibu tersayang, adalah merupakan satu kehilangan yang banyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya, sehingga kini sudah dua tahun pemergiannya saya maseh terasa, adakalanya saya menangis bila saya terkenangkan beliau, namun kita kena redha untuk menerima hakikatny yang mereka lebih dikasihi oleh Allah, dan kerana itulah mereka dijemput, namun kasih sayangnya kepada kita tidak akan luntur, dan seharusnya begitulah juga kita, apa yang penting adalah doa kita yang tidak pernah putus buatnya, mendoakan kesejaheraannya disana....Amin.

Banyakkan bersabar ya Zaki, sama - sama kita berdoa semoga rohnya akan ditempatkan bersama golongan Ahli - ahli syurga...Amin...!


From ;
Aidilfiqh2772.blogspot.com
Brunei Darussalam.