Sunday, June 28, 2009

Tak nak jadi KEDEKUT?


SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang e-mail ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Thursday, June 18, 2009

Kaabah yang Enggan Bergerak

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah..
Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah.

Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga..

Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.
Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir... Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia. Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya. Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.
Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga.... Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Subhanallah, Allahuakbar...... Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-NyaKeampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan dapat pengampunan-NYA.... Semoga ALLAh mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.




Semoga Kaabah pun menunggu aku, walaupun antara orang-orang yang terakhir....

Monday, June 15, 2009

Farewell Mr Kho


Farewell lagi.....kali ini untuk Mr Kho Su Chuan (kho), bos aku,operation Manager, orang no 2 kat YTL Pasir Gudang selepas Station manager.
Kho akan berhijrah ke Australia. Kata kho dia berpindah bukan kerana duit atau pangkat tetapi kerana keluarga dan 'quality of life'.
Aku kurang faham makna quality of life yang dimaksudkan oleh kho, tapi pasal keluarganya kita orang semua tahu bahawa isteri dan anak2nya sudahpun berhijrah keAustralia, jadi kho pun mahu menyusuli mereka kesana.


Selama ini setiap tahun Kho akan membuat penilaian prestasi kerja (Performance appraisal) aku untuk bonus dan kenaikan gaji, kali ini biar aku pulak membuat penilaian tentang dirinya:
1. Job Knowledge - 9/10
2. Skill - 9/10
3.Communication - 9/10
4. Team work -9/10
5. Safety -9/10
Purata markah kho ialah 90% berbanding dengan markah aku sekitar 70% je.
Kho bagi aku seorang bos yang sangat baik, memang sukar untuk mencari orang sepertinya.
Semoga Kho mendapat balik keluarganya dan quality of life yang dicarinya.



Gambar diatas tak ada kena mengena dengan Kho, sebab Kho pergi keAutralia menaiki kapal terbang bukan dengan sampan. Gambar ni aku rakamkan semasa merayap2 dimuar semalam.

Saturday, June 13, 2009

Sabotaj....

Pagi ni aku bangun dengan penuh semangat untuk menghadiri satu temujanji. Terkilan juga kerana terpaksa membatalkan aktiviti setiap hari sabtu iaitu bersenamrobik, walhal temujanji ni tak menjanjikan apa-apa, hanya suka-suka saja. Orang putih kata 'test market'.

Sebenarnya aku nak menghadiri satu temuduga kat sebuah hotel diJB, temuduga untuk kerja diArab Saudi dan aku sudahpun membuat temujanji untuk menghadirinya pada pukul 11 pagi.
"betul ke Abah ni" tegur mama
"eh betul la, kalau dia orang offer gaji RM50 ribu sebulan, abah pergi la"
"mana ada org nak bagi abah gaji banyak tu"
"manalah tahu, sepenemuduga tu lose sikit skru kat kepala dia, tiba2 dia bagi gaji banyak tu"

Setelah bersiap dengan seluar slack dan berkemeja lengan panjang aku pun carilah sijil2 yang nak dibawa nanti. Kat tempat biasa yang aku letak folder sijil tu tak ada, aku cari pula dalam beg. Pun tak jumpa. Puas aku selongkar rak buku tak juga jumpa sijil2 tersebut. Aku panggil isteri aku suruh tolong cari, pun tak jumpa2 jugak. Akhirnya setelah pukul 10.30 fail tu tak jumpa juga aku pun mengalah.

Mungkin dah tak de rezeki aku nak pergi kerja kat Arab Saudi tu ataupun ada orang yang sabotaj...........

Friday, June 12, 2009

Back to nature








Alangkah bagusnya kalau sesekali dapat melarikan diri dari suasana bandar yang hiruk pikok, panas dan bejelebu macam sekarang ni. Berendam dikolam air terjun yang dingin lagi mengigilkan gigi2. Menghirup udara segar dan nyaman. Suara burung dan cengkerik sahut menyahut bersama tiupan angin bersepoi2....
Setiap kali bila balik kampung, kami akan singgah kat air terjun Jeram Pasu ni. Walaupun tak seGah macam pusat2 peranginan yang lain,tapi ia tetap menjadi pilihan kami sekeluarga.

Berikut adalah sedikit info pasal Jeram Pasu,
Jeram Pasu terletak di Kampung Padang Pak Amat, di dalam Jajahan Pasir Puteh, kira-kira 35 km di selatan Kota Bharu. Airnya yang jernih, sejuk serta nyaman sememangnya menjadikan ia tempat rekreasi dan riadah yang popular di kalangan pengunjung. Jeram Pasu merupakan kawasan air terjun pertama di Kelantan yang menyediakan tempat berteduh serta kemudahan lain. Beberapa kolam serta gelongsor telah dibina berhampiran air terjun. Pihak berkuasa juga telah menyediakan tapak khemah untuk pengunjung yang ingin bermalam. Segala kemudahan telah diadakan bagi keselesaan pengunjung berkelah.