Friday, March 18, 2011

Apa aku kesah.....

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…
Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…
Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…
Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…
Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…
Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…
Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…
Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!

dipetik dari
Diari Kembara - Jepun, by Abu Saif |

Tuesday, March 15, 2011

Boilerman Training kat Trengganu

satu pengalaman yang menarik masa gi trengganu hari tu, selain berjumpa dengan kawan2 lama iaitu sarjan azizi dan yusufzaki, dapat juga berjumpa dengan kenalan baru iaitu staff2 Tesac yang peramah dan hebat2.
Kursus boilerman yang direncanakan juga berjalan dengan lancar, terima kasih kepada en Hazlan (GM) dan semua staf Tesac. Tidak lupa buat sarjan azizi yang belanja makan sotong dan ikan goreng celup tepung kat tepi pantai sebelah airport tu...huh sedapnye. Terima kasih....insyaallah panjang umur kita jumpa lagi.

http://boilerman-zaki.blogspot.com/2011/03/inhouse-boilerman-training.html