Wednesday, October 14, 2009

Terpinggir

Sedang aku perlahan2 menolak troli mengikut belakang isteriku yang gemar sangat meronda2 dalam pasaraya ni, aku perasan sesuatu yang agak ganjil, kenapa ubat gigi ni berada kat tempat gula dan roti. Biasanya kalau ubat gigi mestilah ditempat barangan mandian.....satu baris penuh dengan ubat gigi, syampu dan barang2 lain yang berkaitan dengannya.

Aku tilik lagi.....ini ubat gigi xxxmin, keluaran bumiputra. Mungkin salah letak kot. Aku peranti lak sekeliling tempat itu, eh ada gak sampoo kat sini, ada air minuman, ada jem, ada makanan ringan, ada kicap, ada product kesihatan.....semuanya dikumpulkan disatu barisan disuatu sudut yang terpencil, dan semua barang2 yang dicampuraduk kan ini adalah keluaran bumiputra.

Kalau orng nak beli ubat gigi, pasti tak jumpa ubat gigi xxxmin ni, kalau org nak beli air minuman, pasti tak jumpa air xxxria ni (walaupun dah selalu keluar iklan kat TV).

Beginilah agaknya nasib pengusaha dan peniaga bangsa aku, dahlah nak masukkan barangan kat pasaraya2 besar macamni sikit punya susah......dah dapat masuk dipinggirkan pulak.

Sekarang barangan kita yang terpinggir, suatu hari nanti kita pulak mungkin terpinggir dinegara kita sendiri.







7 comments:

Unknown said...

memang taktik diorang nak tolong benamkan produk Bmiputera

Zaki said...

Bukanlah kerana org kita ni tak pandai berniaga kan...kan

Tepi Sungai Batu said...

Yang duduk di atas tu pun orang kita jugak......
tapi mata mereka dah ditutup dengan pitih.
Biarlah nasib bangsa nak jadi apa sekali pun mereka tak kisah......janji pitih mereka belanarrrrrr.

GigiPalsu said...

Patutlah aku tengok member aku yang buat business tu marketing dia bangsa lain, dia kata kalau marketing org melayu jangan harap dapat masuk..
kenapa ye, kita kan dah 52 th merdeka...

Zaki said...

cikgu,
sebab tu kita cuba nak tukar ore2 hok kat atas tu, bagi ore lain pulak peluang....nak 'bangun'kan bangsa kita.



azam,
makin lama usia merdeka kita,tidak bermakna kita kedepan, walaupun kita bergerak tetapi masih perlahan berbanding yang lain....

Anonymous said...

udah kita bising bising pasal bumi bumi pkr dok godeh godeh ... makin menyampah la sapa dengar ...dah takde sapa nak menelong bumi lagi...

mrs sweet lola said...

tp kat ***co barangan msia ni disatukan dan dilabel brangan buatan msia.sy salu gak g ke section ni n rase xde masalah.tp bgus gak kowt.skurg2 kita tau produk msia n yg x pnh jupe.