Esok kena pegi KL la pulak. Kena attend kursus 2 hari. Dah tua2 macam ni malas betul lah nak gi kursus ni. Masa muda2 dulu OKlah, hantar lah kat mana2 pun tak kesah.
Tapi heran jugak kenapa boss aku nak hantar aku hadiri kursus 'pump and compressor' ni. Aku rasa aku dah 'cair' dengan benda2 ni. lagi pun selalunya syarikat aku ni kedekut sikit nak hantar pekerja2nya pergi kursus.
Tak pe, aku jumpa boss tanya,
"Mr Kho, why you want to send me for this course?"
"Yes, because last time you done the WIT project for pump performance"
"But finish already, what"
"Yes, after this course i want you to prepare the engineering procedure for pump performance"
oooooo....bukannya ada udang disebalik mee, tapi ada ikan jerung.
2 comments:
Kalau nak tutup jerung tu, mesti mee nya kena berkawah-kawah...hehehehe.
Itu pandangan sebelum pergi kursus. Satu pengajaran yang berguna selepas balik kursus...makin banyak kita belajar, makin banyak benda yang kita tak tahu.
Post a Comment