Monday, February 9, 2009

Siapa musuh kita?

Musuh kita bukan UMNO
Musuh kita bukan PKR
Musuh kita bukan PAS
Musuh kita bukan DAP

Bukan juga Anuar
Bukan juga Najib
Bukan juga Karpal Singh
Bukan juga Tun DM

Musuh kita ialah mata kita
Musuh kita ialah hati kita
Musuh kita ialah fikiran kita
Musuh kita ialah kita sendiri

Renungkan dalam2 siapa kita
Pejamkan mata lihat cahaya yang tersembunyi
Untuk apa Tuhan ciptakan kita
Adakah untuk bermusuhan sesama manusia?

Hidup ini hanya seketika
Hiasilah dengan gelak ketawa
Kedamaian dan ketenangan
Bukan musuh memusuhi
Bukan caci mencaci
Bukan sakit menyakiti

Bangunlah dari kerusi komputer mu
Bersalamlah dengan teman disekelilingimu
Kalau boleh peluklah mereka
Katakan kamu sayang mereka
(jangan peluk isteri orang dah le…tak pasal2 kena pelempang)


Semoga dunia menjadi aman damai……

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...minta maaflah nak komen sikit. Sejak zaman berzaman yahudi memang musuh orang Islam, bahkan pada zaman nabi sendiri pun. Kawe rasa kena betul sikit tuh, tapi kalu kawe salah demo betul kawelah. Kawe ngaji tak tinggi...tak jadi ustaz pun tak jadi enjiniar. Pulak tu kawe tak pandai sajak2 nih. Niat kawe takut oghe salah pahe jah. Minta maaf sekali lagi deh.

Zaki said...

DAQ8727,
mintak maaflah, kawe pun baru belajar tulis sajak. Pernahkah demo dengar ungkapan "lautan api sanggup ku renangi", mana ada lautan api, kalau adapun nak gi dekat pun tak boleh apalagi nak direnangi. Itulah ungkapan sajak,pasti tak sama dengan kenyataan.
Memang dari dulu,kini dan selamanya yahudi itu musuh kita.

Tepi Sungai Batu said...

Pok Mae tak reti nak bersajak, tapi kalu berjaja tu biasa lah.

Zaki said...

Pok mae,
Demo nak jual gapo pulak.