Hari ini hari ahad, public holiday lak tu. Satu Malaysia cuti hari ni,tapi aku kena kerja. Kenapa aku kena kerja, kenapa tak shutdown je plant aku ni dan power plant lain yang ada kat malaysia ni termasuklah plant TNB, kita pakat ramai2 bercuti macam orang lain.
Bayangkan kalau kita orang semua betul2 cuti apa akan jadi. Jadi ape nya, tak 'karen' lah kat Malaysia ni. Maknanya semua orang kat Malaysia ni bercuti lah, pakat lepak kat tepi pantai ke, tepi jalan ke, sebab kat rumah panas. Orang sekarang ni kalau tak de karen sejam pun dah kelam kabut jadinya, memang tak boleh nak buat apa. Jadi apa kata kalau kita orang cuti 2 atau 3 hari, tak pun seminggu, mau huru hara Malaysia ni.
Kesimpulannya, penting juga kerja aku ni, tapi tak de orang nak menghargainya. Kalau guru, ada hari guru, polis ada hari polis. Askar pun ada, kita orang tak de pulak harinya. Cuma hari yang selalu disambut untuk aku ialah hari bapa...
Tapi tak pe lah, aku anggap kerja aku ni sebagai ibadah. Aku buat kerja dengan ikhlas, menyara keluarga dan menolong sesama insan. Kalau sesama manusia tak menghargai, kami mengharapkan ganjaran dari Allah.
6 comments:
Salam. Saya sentiasa menghargai kerja saudara.
Kirimkanlah gambar untuk di"karikaturkan" jika sudi.
Terima kasih lah kerana masih ada yang sudi menghargai kerja kami ni...isk..isk.
En caturist, saya ni dah la tak hensem, nak dikartunkan lagi, tah ape lak jadinya nanti.
Betul tu bea, kalu x dok karen rasa mcm dok tahun 60an.
Meme kerja demo penting, jange sedih walaupun x dok 'sambutan hari karen'.
Semoleknya gitulah kerja tu ibadah..cuma ambo ni rasa nak tane benda lain pulak.
Orang lain hari sabtu&Ahad je cuti (termasuk Aku). Kau lagi untung kerja 4hari cuti 4 hari. Kalau kau amek cuti, masa kau kerja kau akan dapat 12 hari cuti...pening aku...
Akula...
Tks kerana hinggap keblog kawe....sebenarnya tak de lah sedih sangat ,cuma boring je...
doh nok tane gapo pulak lo ni.
Azam,
Mung ni matematik simple macam tu pun dah pening..
kira ok lah ki, aku ni lagi sedih...aku taknak cuti tapi deme suruh aku cuti.....sampai la ni...
Post a Comment