Kegawatan ekonomi dunia sekarang ni banyak menjejaskan sektor perkerjaan, terutamanya pekerja swasta macam aku ni. Sorang kawan baik aku yang kena tempiasnya ialah Mat. Mat sebelum ni kerja dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa Exxon-Mobil. Hujung tahun lepas syarikat ini menutup kilangnya diPelabuhan Pasir Gudang, dan syarikat baru yang take over cuma menawarkan kerja kontrak untuk Mat meneruskan kerja disitu. Kerja kontrak ni tentulah tak menjamin apa2, mereka boleh memecat kita bila2 masa je.
Aku ada juga merekomenkan Mat untuk kerja kat tempat aku ni, tapi setakat datang interview je lah. Ye lah kabel aku ni kecik je, senang putus.
Tapi setiap orang ada rezeki masing2. Masa aku jumpa Mat tadi, dia kata dah dapat offer kerja baru. Malah bukan satu tapi dua kerja. alhamdullilah.
Tawaran pertama ialah sebagai pensyarah diAkademi Laut Malaysia(ALAM) cawangan Batu rakit,Terengganu dan tawaran kedua ialah sebagai Technical Superitendent disebuah syarikat Perkapalan antarabangsa berpejabat diKLCC.
Sekarang timbul pulak masalah, kerja yang mana yang Mat perlu pilih, sebagai pensyarah gaji mat kurang10% dari gaji asal tapi kerja senang sikit la, manakala kerja sebagai superitendent gaji Mat naik 30%, tapi kerja yang agak mencabar.
Mat tanya aku, susah aku nak jawab, tapi jauh disudut hati aku dua2nya aku tak nak mat terima kerana aku bakal kehilangan seorang kawan lagi.....
8 comments:
Abe Mae cadangkan Mat terima kerja di Akademi Laut tu. Gaji kecil tak apa....kos sara hidup di Terengganu rendah. Jadi pengajar ni bagus, curah ilmu untuk anak bangsa. Lagi satu, masa untuk beramal ibadat tu ada.....wang ringgit tak boleh tolong kita masa dalam kubur nanti.
Abe Mae,
Nanti kawe tolong sampaikan pesan abe mae ni ko mat.
begini...saya cadangkan...sebagai makhluk yang tak dapat meneka baik buruk ,natijah dari langkah kita hari ini terhadap masa depan kita..mungkin solat istikharah patut di lakukan, yelah kita tak tahu keputusan kita mungkin membawa bencana kepada kita...apa yang kita boleh mampu hanyalah bertawakkal dan berdoa setelah melaksanakan usaha yang terbaik...
dok gitu ustadz alfadhil zaki dan sheikhulkabir azam
satu lagi ustaz zaki.. blog aku di technical stuff dah dibubarkan ..do tolonglah jangan ikut blog tu lagi...
Bagus semua cadangan dia atas, setelah istikharah dan ditimbang pro kontra hasil perbincangan dgn kwn& family maka buat la keputusan yang rasa bersesuaian dgn diri dan masa depan insaallah...
Chief kau punya blog yg tak technical mana satu????
Chif dan azam,
cadangan kome semua akan aku kabor kat mat.
Chif, kau jangan panggil aku ustaz, aku pun macam azam gak, belajar kat pondok (talipon) je.
alah...orang tinggi budi biasanya macam padi...
ntahla azam aku dah banyak merapublog, mungkin ini kot http://amnrrr10.blogspot.com/
Post a Comment