Tuesday, January 27, 2009

aku dan ubanku

ubanku
datangmu tak dijemput
hadirmu tak ku undang
kau datang jua
walau aku tak sudi menerima

ubanku
ku buang satu
kau datang beribu
ku warnakan biru
orang ingat hantu
ku pakai kopiah
dah jadi orang dakwah

hai ubanku..
apakah datangmu membawa petunjuk
apakah hadirmu membawa khabar
bahawa senja menjelang tiba
usia dah semakin tua.......



Acara mencabut uban sedang dijalankan.

6 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Ki,
Ambo lagi banyok uban.....kalu setakat dua tiga helai tu biasa lah. Demo nampok hitam lagi kepala tu...ok lagi tuh.

aza ni said...

AKU RASA KAU NAK TENGOK UBAN KAU , KENA KUAK RAMBUT HITAM...AKU NAK TENGOK RAMBUT HITAM KENA KUAK UBAN AKU... SATU LAGI AKU CARI GAK MAJALLAH MODEL TU...BOLEH DAPAT KAT KEDAI EVERGLOBAL KE?

pB said...

nasib baik ado ubae tu ...
sebab bilo ado ubae , maknonyor kito ni tok botok ....

GigiPalsu said...

Aku rasa kalau uban aku, aku cabut tak berambut la aku...
Mujur gak uban aku ada style, depan tengah, tepi.....

Zaki said...

Man,
i will be join you later.

Chif,
mana mung ada uban, tak pernah nampak pong. Tak tau lah kalau mung colour rambut mung jadi hitam.
Ehhh...majalah model tu dah tak da dalam pasaran, ni majalah tahun 70an.


Pb,
rasanya baik beruban dari botak.....


Azam,
uban kau tu uban glamour.

aza ni said...

AZAM TU UBANNYA BERZIKIR