Thursday, January 8, 2009

Bangsa yang sombong dan hina

Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

2 comments:

DrSam said...

salam,

walaupun sudah lama lagu Zubir Ali itu, namun melodi sedih itu tetap berulang lagi. sebagaimana peritiwa Shabra dan shatila yang tidak mungkin dilupakan itu.

kita dikejauhan hanya mampu berdoa dan melakukan jihad kecil sekadar termampu.

Zaki said...

Waalaikumussalam,
Thanks for your visit.
betul kata saudara, kita hanya mampu berdoa. Insyaalah, kita yakin dan percaya bahawa pertolongan dari Allah akan tiba juga.