Sunday, September 26, 2010

Pertemuan selepas 30 tahun

Setelah hampir 30 tahun berpisah, selepas meninggalkan SMBJ masa ting 3dulu, baru2 ni aku berkesempatan bersua dengan beberapa rakan lama. Mula2 jumpa tu memang tak cam, maklumlah masa jumpa dulu masih berseluar pendek tapi kini dah beruban. Ada juga yang dah tak berambut. Ada yang berpangkat besar dan ada juga yang tak bernasib baik. Dan yang paling sedih, ada juga rakan2 ku yang telah meninggal dunia..alfatihah untuk arwah zainal abidin dan mereka2 yang telah pergi.


Pertemuan kali ini kita bercerita tentang anak2, mungkin dipertemuan  yang akan datang kta bercerita tentang cucu pula. Masa berlalu begitu cepat sekali. Atau mungkin dipertemuan akan datang, ada diantara kita yang telah tiada.

No comments: