Pagi ni aku bangun dengan penuh semangat untuk menghadiri satu temujanji. Terkilan juga kerana terpaksa membatalkan aktiviti setiap hari sabtu iaitu bersenamrobik, walhal temujanji ni tak menjanjikan apa-apa, hanya suka-suka saja. Orang putih kata 'test market'.
Sebenarnya aku nak menghadiri satu temuduga kat sebuah hotel diJB, temuduga untuk kerja diArab Saudi dan aku sudahpun membuat temujanji untuk menghadirinya pada pukul 11 pagi.
"betul ke Abah ni" tegur mama
"eh betul la, kalau dia orang offer gaji RM50 ribu sebulan, abah pergi la"
"mana ada org nak bagi abah gaji banyak tu"
"manalah tahu, sepenemuduga tu lose sikit skru kat kepala dia, tiba2 dia bagi gaji banyak tu"
Setelah bersiap dengan seluar slack dan berkemeja lengan panjang aku pun carilah sijil2 yang nak dibawa nanti. Kat tempat biasa yang aku letak folder sijil tu tak ada, aku cari pula dalam beg. Pun tak jumpa. Puas aku selongkar rak buku tak juga jumpa sijil2 tersebut. Aku panggil isteri aku suruh tolong cari, pun tak jumpa2 jugak. Akhirnya setelah pukul 10.30 fail tu tak jumpa juga aku pun mengalah.
Mungkin dah tak de rezeki aku nak pergi kerja kat Arab Saudi tu ataupun ada orang yang sabotaj...........
7 comments:
Tu la kau, letak sijil pun tak ingat. Lain kali tampal sijil tu kat depan cermin kereta, macam kau tampal road tax. Senang kalau nak gi interview...
..
..
..
..
I love YTL
sudah , Ki, duduk YTL lah,nak pergi sana buat apa,kau nak gi umrah haji ke,tunggu bonus tahun nilah,tak berapa lama lagi , 7 bulan lagi.Sebenarnya sijil kau tu kena sorok toyol.
Zaki,
Jadi macam mana sekarang ni dah jumpa ke?.
Ada tu........
jangan mengarap benda yang tak pasti......inkes penipuan yg belaku sekarang amat dashyat..silap-silap niaga dadah..
apa yang belaku ada hikmahnya...masih ada yang sayang dng abg AKI....tusebab dia hilangkan sementara...jap lagi jumpalah tu sijil-sijil tu...AMIN..
jangan mengarap benda yang tak pasti......inkes penipuan yg belaku sekarang amat dashyat..silap-silap niaga dadah..
apa yang belaku ada hikmahnya...masih ada yang sayang dng abg AKI....tusebab dia hilangkan sementara...jap lagi jumpalah tu sijil-sijil tu...AMIN..
Baghu nok rayak , Azani royak dulu
keno susuk ko toyol doh tu ....
Zam,
I love YTL too.
but i love RM three....
Chif,
Kalau setiap kali dapat bonus boleh pergi umrah, maknanya dah 10 kali dah aku pergi, tapi realitinya?
Cikgu man,
tak jumpa lagi, malas nak cari, tunggulah kalu ada offer lain kali..
Man,
jangan risaulah....aku acah je, saja nak test market.
pB,
biasanya toyol curi duit je, dia curi sijil nak buat gapo, takkan toyol nak gi interview jugak.
Post a Comment