Monday, May 4, 2009

Oh ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahir dan membesarkan..
tiada bahgia jika tiada
doa dan restu
syurga itu ditelapak kaki ibu...

Sedang aku minum petang direstoren sasa, tiba2 lagu itu sayup2 berkumandang. Tiba2 juga hati ini begitu tersentuh, khabar apakah ibuku sekarang. Sudah agak lama aku tidak bertanya khabar. Entahlah, dalam kesibukan urusan dunia yang tak pernah selesai ni, kadang2 aku terlupa bahawa aku masih punya ibu. Jenis anak apakah aku ni.
ampunkan lah aku ibu...

Selang beberapa ketika, aku mendapat panggilan dari ayah. Kata ayah, sudah 3 hari ibu masuk hospital, dikejauhan dalam talian terdengar suara ibu....pulanglah nak!!.
Aku terkedu....tersedu.
ampunkan aku ibu.

Aku akan segera pulang menemuimu....
aku akan cium tanganmu
aku akan memohon ampun darimu.

5 comments:

aza ni said...

Zaki: baik baik memandu tu, selamat pergi dan selamat kembali di sini ,kirim salam pada keluarga.Assalamualaikum.

Tepi Sungai Batu said...

Ki,
Semoga selamat semua nya.

pB said...

MOGA SEMUANYA SELAMAT

GigiPalsu said...

Insaallah ki...
Baliklah, ziarah ibu...
Tiada yang lebih bermakna dari melihat anak datang menziarahi nya sedang ia terlantar sakit...
Aku doakan semoga ibumu cepat sembuh...

Zaki said...

Azani,man,pB & azam,
salam buat semua dan terima kasih kerana mendoakan ibu saya. Keadaan ibu saya sudah agak baik tapi masih lagi dirawat dihospital.