Saturday, March 14, 2009

Datang dan pergi


Datang dan pergi silih berganti selagi hidup belum berhenti…….



Yang datang


Zali menerima kedatangan menantu sulung hari ni
Terkejut jugak masa terima kat jemputan hari tu, Zali rakan sekerja yang sebaya aku dah nak dapat menantu. Maknanya kami ni dah masuk fasa baru, tapi perangai masih macam ni jugak. Masih dok hoha hoha lagi.
Selamat pengantin baru untuk anak zali dan selamat menyambut menantu untuk zali. Semoga bahagia berkekalan hendaknya



Yang pergi


Mat akan pindah keKL. Dia terima tawaran kerja dengan syarikat perkapalan tu. Mat orang KL, sebab tu lah dia terima tawaran tu. Dapat balik kampung.
Mat ialah senior aku masa ambik Marine kat PUO dulu dan kemudian sama2 sambung belajar kat SPACE. Banyak kenangan kami bersama setelah lebih 10 tahun berkawan dan menetap ditaman perumahan yang berdekatan. Isteri mat juga dah jadi kawan baik isteri aku, begitu juga dengan anak2.
Mat datang rumah aku hari ni untuk mengucapkan salam perpisahan, berpelukanlah isteri aku dan isteri mat. Sedih jugak…entah bila kami akan berjumpa lagi.
Apapun selamat berjaya untuk mat dan semoga Allah meredhai perjalanan hidup kita.


Yang balik


Aku le
Balik kampung
Seminggu je.

4 comments:

aza ni said...

saya baru je jumpa mat kat kompleks pagi tadi, masa tu kawan baru nak interview , usha kerja kosong yang terdapat di ruang legar bawah,kompleks pusat bandar. diapun kabo kat aku kata nak kerja kl, sempat salam dengan dia.Rezeki dia mudah, campak sini jadi bukit, campak sana jadi gunung. aku juga yang tak laku.

aza ni said...

huaarr. huarrr..last last kalau korang nampak aku bawak tempurung kat depan cimb...tu ...

Zaki said...

Cif,
setiap orang ada rejeki masing2, aku yakin kau akan memperolehi rejeki yang melimpah-ruah nanti, insyaalah.

aza ni said...

ya yakin boleh, malaysia boleh,aku bolen