444 cantik nombor ni kalau buat plet kereta. Tapi dalam beberapa hari ni, nombor 444 ni yang buat aku tension. RM444, itulah yang tertera kat bil air aku bulan ni, biasanya bil air aku tak sampai pun seratus. Kalau kat plant aku, kalau water consumption naik macam ni, pasti boss aku sikho tu, terus lompat naik atas meja.
Aku panggil le SAJ datang rumah...dia orang cakap paip rumah aku bocor.
Fobia betul lah aku dengar perkataan bocor ni.
"encik kena panggil plumber untuk repair paip ni"
"saya kena repair sendiri ke"
"ialah sebab paip yang mungkin bocor tu selepas meter"
"bil yang 444 tu macam mana"
"encik kena bayar le"
"kalau tak bayar tak boleh ke"
"eh..tak boleh"
Bil kena bayar, paip kena repair....
lepas ni apa lagi yang bocor
Petang nya aku pergi check kereta aku yang bergoyang semacam je
"tayar kereta encik ni makan dalam, dah teruk ni"
"eh..keta saya ni baru je setahun lebih"
"mungkin alignment tak betul ni"
"habis macam mana"
"kena tukar tayar la, kalau tak bahaya ni"
hehehe...tayar kereta aku tak bocor
tapi poket aku lagi yang bocorrrrrrr.
3 comments:
aku pun dulu lagi teruk dekat 800 sebulan, paip bocor dalam tanah, aku suruh plumber tarik dari meter paip lama tu potong, sambung baru dari meter sampai tangki. kena 800 juga bik ganti paip.
Aku pun pernah kena...hahah kita serupa.
macam mana tayar kau boleh makan dalam????????
Kau tak bagi makan angin ke???
Chip,
rumah kau besar sikit sebab tu kena 800, rumah aku kecik, jadi bocor pun kecik..400 je, repairlak habis 500.
Zam,
kau pun kena...hehehe
masa aku pegi makan angin hari tu, lupa pula aku nak bagi tayar keta aku makan angin sekali, agaknya sebab tu lah dia meragam.
Post a Comment