Tarikh 21 jun 2011 aku bertolak meninggalkan Pasir Gudang dengan berat hati, risau kerana pertama kali aku meninggakan keluarga dalam jangka masa yang agak lama, bagaimana agaknya isteriku dapat menguruskan keluaraga sendirian, kesian juga dengan Aisy yang pasti tidak faham kemana tiba2 abahnya menghilang. Tapi kerana tuntutan kehidupan, cabaran ini terpaksa ditempuhi juga.
22 Jun 2011 setelah lebih sehari perjalanan, akhirnya akan sampai dilapangan terbang Hail, disambut oleh seseorang yang membawa banner ‘Siemens’. Aku sampai hotel penginapan pada pukul 9.30 malam. Perkara pertama yang aku selidiki ialah internet line, Alhamdulillah…kena inilah penghubung aku dengan keluargaku. Dengan kecangihan teknologi, walaupun berada beribu batu namun aku dapat melihat keluargaku setiap hari.
Golden Tulip Hotel....tempat penginapanku sepanjang berada diBumi Arab ini.