Wednesday, December 16, 2009

Lagu negaraku dan bolasepak

Dah lama tak nyanyi lagu negaraku, kali ni aku nak ajak anak2 dan isteriku berdiri didepan TV masa lagu negaraku berkumandang diudara. Aku sekeluarga akan bersama seluruh rakyat malaysia akan sama2 menyanyikan lagu negaraku dengan penuh bersemangat, dan pasti akan ada yang mengalirkan air mata.

itupun kalau pasukan bola sepak kita menang.....
kalau kalah pun aku akan nyanyi jugak...sendirian dalam bilik air.

Tuesday, December 8, 2009

Cara Diet yang berkesan

Cerita ni aku ciplak dari E-mail yang dihantar oleh seseorang dan tidak ada kena mengena dgn aku atau sesiapa saja.

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan.

Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.

"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi.
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya.Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah x senang duduk dan berpeluh2.

Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu.

Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun x dapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai.. pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.

"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan", katanya sendirian.
Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter. Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'.

"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.
Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya.

Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat ....saya akan kerjakan kamu.. hehehe..."

Sunday, December 6, 2009

Cerita Kedai Kopi

Lama betul tak meng'update' blog ni, dah bersarang anai2, nak masuk pun kena kuis dulu sarang labah2. Nak jadi ke cerita balik kg hari tu, ada sorang budak kg aku yang jadi cikgu tiba2 menyapa,
"saya ada tengok blog abg"
ye ke hehehe....rupanya ada juga budak kg aku yg terperasan blog aku ni. Eh apa yang aku tulis ek!,risau jugak takut ada tulisan aku yang ter-merapu dan ter meraban. Maklumlah tulisan aku ni bukan ada format dan skop pun. Aku tulis je apa yang aku suka tulis.Cuma pasal politik je belum lagi aku tulis, bukan tak ikut perkembangan politik tapi aku ni emosional sangat, takut tak boleh kontrol..

Balik kampung cuma seminggu je walaupun aku bercuti selama 3 minggu. Jangan terkejut kerana cuti aku masih ada balance 60 hari lagi. Lama betul aku tak bekesempatan balik kg masa raya haji,dapat juga aku turut serta majlis korban. Pada aku raya haji kat kelantan sekarang dah tak semeriah macam dulu2, biasa je...lebih kurang dgn suasana raya haji kat johor ni.Amalan kunjung mengunjungi pun dah kurang.

Balik kePG terus kePuspatri. Kena mengajar subjet Maintainance management untuk student yang ambik kursus Industrial and technologi management.Mereka ni sedang mengikuti skim latihan semula siswazah disini. Mereka yang seramai 27 org terdiri daripada berbagai background, ada mekanikal, ada electrikal, seni bina....akaun pun ada, tu yang susah sikit tu. Terbelit2 lidah aku explain...harap2 mereka faham la.

Hari terakhir aku dan Sam bawa mereka melawat kilang Felda Product SB kat PG. Dapat lah aku tunjukkan kompenan2 yang sebenar seperti pump, compressor dan boiler kepada mereka semua. Harapan aku agar sedikit ilmu yang diajar itu akan memberi manafaat kepada mereka untuk meneruskan  kerjaya dan masa depan masing2.




Jangan terlalu susah hati

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Sunday, November 22, 2009

Oh bulan

bulan...
jangan biar malamku
suram
kelam........

Wednesday, November 11, 2009

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


dipetik dari e-mail
" mazlina mohd nazir@pokoksena85@yahoo.com

Tuesday, November 3, 2009

Sepak bola betul2


Terharu ada
bangga pun ada
bila pasukan negeriku melangkah keperlawanan akhir
piala malaysia
untuk pertama kali aku dapat peluang untuk rasakan
kehangatan dan debaran
perlawanan akhir ini
setelah 40 tahun

harapan dan doa
moga2 pasukan kelate
akan bertempur bermati-matian
untuk merangkul kejuaran buat kali pertama

Kalah menang adat pertandingan
tapi....tak ada istilah kalah
jika berusaha yang bersungguh-sungguh
tanpa putus asa......

yang penting sepak bola betul2
jangan sepak 'bola" orang lain.....