Friday, January 2, 2009

Sepanjang Jalan KePasir Puteh


Bersiap nak bertolak dari rumah
di Highway PLUS dari Skudai ke Yong Peng Sempat berposing di Hentian Yong Peng Tak lupa, makan.....Eeee sedapnya Eh...dah sampai kampung, yeeeeee.















Thursday, January 1, 2009

Ragam Aisy

I feel Gooddddd!!!!!
Tolong!!!!bomba, polis, askar, tolong Aisy tersepit

"Aleh...... kereta bapak saya lagi besar"
"Eelah...... kapal selam bapak saya lagi besar, tak kecoh punn"


Wednesday, December 24, 2008

Good Bye Mr Tiger

Selamat Jalan Tiger
Hari ini kita sampai dipersimpangan,
Mung ke selatan, aku keutara,
arah dan jalan kini dah tak sehala
bumi yang dipijak dah berbeza
walau masih berkongsi langit yang sama

Selamat Jalan kawan
Kalau dah dok tempat orang
pandai2lah jaga diri
kawan2 sini tak leh dah nak tolong
kalau rokok dah habis
pandai2lah beli sendiri
tak leh doh nak mintak rokok free

Selamat jalan Sham
Mung tak dok sunyi lah sini
Tak dok lagilah orang johor cakap t'ganu
tak dok doh suara mung hok kuat tu
dok menyakat habis semua orang

Selamat tinggal sahabat
kita berpisah disini
tapi persahabatan akan kekal abadi
kenangan tetap tersemat dihati


..........buat Sham Tiger yang akan berhijrah keArab Saudi.......

Saturday, December 20, 2008

Cerita seram balik kampung(sambungan)

Selang beberapa ketika aku perasan sesuatu yang aneh pada kereta aku………..Lampu kereta aku semakin malap, diikuti oleh signal brek dan bateri ‘low’ tiba-tiba muncul.
Aku segera menyusurkan kereta aku ketepi jalan dan tiba2 injin kereta aku mati.
Aku tak pasti kat mana aku berhenti kerana keadaan yang gelap gelita.

Isteri dan anak2 aku diam tak terkata. Aku cuba menghidupkan balik kereta aku tapi tak berjaya. Nak keluar dari kereta takut!. Pukul 4 pagi ditenggah2 hutan begitu seribu kemungkinan boleh terjadi, binatang buas, perompak, lembaga tu!........

Dalam keadaan yang buntu itu tiba2 aku terpandang……….handphone aku la, nasib baik ada line. Jadi aku terus talipon Control Room, tempat yang paling mudah untuk aku rujuk diwaktu-waktu begini. Rafi yang bertugas ketika itu kebetulan juga agen insuran kereta aku. Melalui syarikat insuran,kereta tunda dihubungi, tapi malangnya mereka hanya akan datang bila hari siang . Ini bermakna kami terpaksa menunggu didalam kegelapan malam yang menyeramkan ini.

Detik yang berlalu terasa begitu lambat, anak2 aku sudah kepanasan didalam kereta. Nak buka cermin kereta takut pulak. Semua ayat2 suci yang teringat kami baca. Kami memohon dan berserah kepada Allah.

Akhirnya matahari memancarkan sinarnya. Lega dan syukur kerana kami semua selamat. Kira2 pukul 6 pagi kereta tunda sampai dan kami ditunda keBandar Segamat. Setelah kereta diperiksa didapati ‘battery alternator’ rosak, macamana tiba2 rosak?
Setelah siap kereta diperbaiki aku meneruskan perjalanan kePP walaupun aku tahu aku tak sempat lagi untuk menatap wajah arwah neneku.

Setelah hampir sampai diKampung, tiba2 isteriku bertanya.
“Abah nampak tak apa yang mama nampak malam tu”
“Ya lah Aidil pun nampak” anak aku menyampuk
“Syyy tak yah cerita lagi, kit dah selamat dah la” kataku menutup cerita.

Exercise


Thursday, December 18, 2008

Cerita seram Balik Kampung

Bagi perantau seperti aku, balik kampung adalah saat2 yang dinanti. Begitu jugalah dengan isteri dan anak2. Tapi disebabkan jarak yang agak jauh dan kesibukan dengan tugas2 seharian maka dalam setahun cuma sekali dua saja aku bekesempatan untuk balik kampung. Perasaan bersalah memang terasa kerana begitu jarang aku menjenguk kedua ibubapa.

Dari PG ke PP jaraknya hampir 700km dan masa perjalanan kadang-kala mencecah 12 jam, itupun kerana selalu berhenti macam Bas Ting Tong. Sekejap nak makan, sekejap nak buang air, sekejap nak beli air…

Selalunya aku lebih suka memandu pada waktu siang hari, walaupun cuaca panas tapi rasanya lebih selamat. Tapi kalau ada kes2 kecemasan, terpaksa jugalah aku meredah kegelapan malam. Biasanya perkara yang paling ditakuti bila memandu diwaktu malam ialah kereta rosak ditengah jalan yang sunyi sepi dihutan tebal…..dan itulah yang pernah aku lalui kira2 dua tahu lepas….ini adalah kisah benar dan sesuai dibaca ditenggah malam ……besendirian…ceng!ceng!!!

Masa tengah kerja shift petang, aku dapat panggilan dari kampung memberitahu bahawa nenek aku meninggal dunia. Jadi selepas balik kerja pukul 11 malam, kami bersiap sedia lebih kurang dan terus bertolak dari PG lebih kurang pukul 12 malam. Kami sampai kebandar Segamat lebih kurang pukul 3 pagi. Dibandar segamat aku berehat sekejap sambil meninjau kenderaan yang melalui jalan Segamat-Muazam-Kuantan. Lansung tidak kelihatan kereta yang melaui jalan itu cuma ada sebuah dua lori saja. Perasaan aku berbelah bagi kerana aku bakal melalui kawasan hutan sejauh 140 km sebelum sampai keKuantan. Tapi disebabkan keinginan untuk menatap wajah arwah nenek buat kali terakhir, aku kuatkan semangat dan teruskan perjalanan.

Jalan raya yang sunyi sepi dan diselubungi pokok2 besar dikiri dan kanan memang mencabar keberanian aku yang sedikit ini. Kalau diperhatikan dikiri dan kanan jalan memang bermacam2 gambaran yang keluar. Tanpa memperdulikan semua itu aku terus fokus memandu sehinggalah pada suatu tempat aku ternampak ‘satu lembaga’ ditepi jalan. Tanpa memberitahu isteriku aku dan dengan keberanian aku yang tinggal sejemput itu aku terus memandu……..

Selang beberapa ketika aku perasan sesuatu yang aneh pada kereta aku………..
(bersambung)

Monday, December 15, 2008

Kancil, Evo dan Ferrari

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.
Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba- tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.
"ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.
"a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje... .
"ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat katkereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampaitol"mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu... ",
tapi... .nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi highbeam"
"ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati- hati.
Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakangdan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...
lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.
Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.Vrooommm... ... bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie... kate polis nie..cecah 250kmj
memasing nie...dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
"over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye...
... ... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'