Wednesday, July 29, 2009

Nak pergi ke tak?

Petang tadi bos aku panggil aku ke ofis dia,

Bos: zaki, kau nak pergi Kuwait tak
Aku: buat apa?
Bos: commissioning lah, sebulan je..
Aku: bila?
Bos: tengah bulan ogos ni..
Aku: aku balik sebelum raya la
Bos: ialah kalau ikutkan program ni..
Aku: tapi biasanya extend kan...
Bos: itu aku tak pastilah
Aku: nantilah aku bincang dgn isteri aku dulu...

Saturday, July 25, 2009

Makanan Vs ubat

Kentang bakar dalam setiap buahnya mengandung potassium untuk menurunkan tekanan darah yang berkesan, bahkan melebihi pisang. Makanlah kentang bakar sekurang2nya 2 biji sehari agar tekanan darah anda dapat terkawal.


Biji bunga matahari dapat menjaga jantung sehat dan memerangi berbagai infeksi, sesuku cawan dapat memberikan separuh vitamin E seharian. Makanlah sekurang2nya 1 cawan dalam 1 hari


Sayuran salad termasuk sumber vitamin dan zat yang baik bagi tubuh kita yaitu:
vitamin K, yang berguna untuk kesihatan tulang agar tulang kita kuat
vitamin A yang berguna untuk penglihatan yang tajam
Folate, yang berguna untuk mencegah bayi lahir cacat,
Dan potassium, yang berguna untuk kesihatan tekanan darah kita.


Oleh sebab itu gunakanlah daun salad sebagai salah satu sajian makanan anda setiap hari sekurang2nya 5 helai daun salad akan sangat berguna bagi tubuh anda

Friday, July 24, 2009

EFFECTS OF COLD WATER

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal. A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive. A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life.

Saturday, July 18, 2009

Darah ku naik

masih lagi bergelut dengan masaalah kesihatan
kali ini tekanan darah tinggi
doktor kata levelnya sudah melepasi paras bahaya
jadi doktor bagi aku dua pilihan
nak makan ubat atau tak nak makan ubat
kalau makan ubat, aku kena makan sepanjang hidup aku

aku pilih yang kedua..tak nak makan ubat
tapi kalau tak nak makan ubat aku kena lakukan lima perkara
pertama berhenti merokok.....aku sudah berhenti 20 tahun lepas
kedua jangan minum minuman keras....paling keras pun aku minum air tuak je
ketiga kurangkan berat badan....berat aku dibanding dgn tinggi sudah normal
keempat jaga makan..kurangkan makanan bergaram dan berkelestrol tinggi
kelima bersenam..bersenam..bersenam

doktor bagi aku tempoh 2 minggu untuk memeriksa semula tekanan darah aku
sekiranya masih tinggi.....aku terpaksa makan ubat
jadi apa yang aku buat sekarang ialah
bersenam.....pagi2 dah terlompat2 kat depan rumah
entah apalah kata jiran2
makan....aduhhh dah seminggu makan ikan bakar dengan sayur air je
'jururawat' pula garang dan tegas...tak leh nak curi makan sikit pun.
harap2 turunlah darah aku
dan berakhirlah penderitaan ini.

Thursday, July 9, 2009

Kawan lama

Beberapa malam lepas, masa sedang bertugas,aku terima satu panggilan telefon dari nombor yang tak kukenali:
heloooo
heloooo
heloo zaki ko ni..... lain suara mung lo ni
siapa ni
akulah amin..
amin...aminudiin
hahaha lama tak dengar sora mung
sora demo pung lain, maklumlah dah jadi ore besar lo ni
haha besor kot mana gak serupo demo je
eh mung kat mse lagi ko
aku dah berhenti lama doh dgn mse, lo ni aku kat ytl power
bisnis demo mace mana
sibuk kawe loni...tak de tangan, esok nak gi indo pulak
nak joint vecture buat kapal dgn dockyard kat sana
.
.
.
perbualan kami berlanjutan 1/2jam
tentang keluarga,kerja dan kawan2
memang lama kami tak jumpa
yang aku ingat lepas belajar dulu kami pergi berkelah
kepulau perhentian
lepas tu dah tak jumpa lagi
.
.
.
Hj Aminuddin kini adalah Managing Director sebuah syarikat perkapalan milik keluarganya.
www.mset.com.my- Board Of Directors

Wednesday, July 8, 2009

Amaran pertama

Sakit yang datang tiba-tiba
seolah amaran pertama
berwaspadalah
bersiap sedialah
kali ini hanya gastrik yang dicubanya
mungkin lain kali yang lebih hebat
sakit jantung mungkinnya
atau kawannya sistroke
maka tak upaya lagi mungkin
aku menulis disini

dikesempatan yang ada
sesingkat mungkin ini
berilah aku peluang
untuk lebih mendekatiMu
berilah aku kesempatan
membalas jasa bakti
insan2 yang banyak berkorban
untukku..
berilah aku sedikit masa
untuk membesarkan
anak2 ku anugerahmu

Tuhanku
hanya engkau tempatku mengadu
ampunkanlah aku......

Friday, July 3, 2009

Saman

Lama tak mengomel disini
nak tulis panjang2 tak boleh pasal masih MC
sebab bos aku cakap kalau MC tak leh buat kerja
jadi kat sini aku saja nak share satu informasi berguna
bagi sesiapa yang nak check saman secara mudah
masukan kan no ic tekan ok
kalau ada saman tekan ok lagi untuk lebih detail
ok selamat mencuba


http://pkukmweb.ukm.my/~knam/JPJ.htm